Jan 31, 2010

SKANDAL SEKS KAPTEN ENGLAND



BRIDGE bersama Perroncel dan anak mereka yang dirakamkan sedang bersiar-siar di London.



SELAIN pemain golf No.1 dunia, Tiger Woods, kini seorang lagi bintang sukan antarabangsa terjebak dalam skandal seks memalukan, lapor sebuah akhbar semalam.
Skandal seks melibatkan ketua pasukan bola sepak England, John Terry dengan model dan aktres Perancis, Vanessa Perroncel terbongkar kelmarin setelah sebuah mahkamah Britain menolak permohonannya untuk melarang ia disiar oleh media.
Perroncel ialah sahabat karib isteri Terry dan teman wanita kepada rakan sepasukannya iaitu pemain pertahanan England, Wayne Bridge.
Bintang bola sepak bergaji £170,000 (RM927,320) seminggu itu dilapor mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun iaitu Jaydon Jean Claude Bridge, hasil hubungan sulitnya selama beberapa tahun dengan Perroncel.
Terdahulu, Terry memohon perintah mahkamah untuk menutup mulut media dengan alasan pendedahan hubungan sulit itu bertentangan dengan hak persendirian dan hak asasi manusia.
Namun, Hakim Tugendhat menolak permohonan Terry kerana berpendapat bintang bola sepak itu sebenarnya takut kehilangan banyak penajaan jika perkara itu dididedahkan.
Terry meraih pendapatan sampingan berjuta-juta pound sterling setiap tahun hasil perjanjian penajaan dan iklan dengan beberapa syarikat gergasi.

ARSENAL VS MANCHESTER UNITED





LONDON – Alex Ferguson menganggap sejarah baru akan tercipta dalam saingan Liga Perdana England apabila Mancheter United berdepan musuh tradisi, Arsenal di Emirates malam ini.
Setelah 24 tahun membimbing United, Ferguson menyifatkan Arsenal sebagai pencabar terkuat skuad The Red Devils untuk mempertahankan kejuaraan liga musim ini.
“Berdepan Arsenal adalah satu perlawanan yang bakal menjadi sejarah.
“Sejak saya berada di sini (Old Trafford), hanya United dan Arsenal sahaja yang sering kali bersaing bagi merangkul trofi liga.

ROONEY (kiri) sekali lagi akan mengetuai jentera serangan United pada pertemuan menentang Arsenal di Emirates malam ini.

“Tidak dapat dinafikan bahawa Chelsea juga merupakan salah sebuah kelab yang kuat tetapi kelab itu dilihat menunjukkan peningkatan dalam saingan trofi liga sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.
“Namun sejarah telah membuktkikan Arsenal akan sentiasa memberikan saingan dan perlawanan Ahad ini (malam ini) pastinya menjanjikan saingan sengit,” jelas Ferguson.
Sementara itu, Wenger berkata, dia hanya akan berasa gembira jika dapat menewaskan United bagi membuktikan kelabnya serius untuk menjuarai liga.
“Saya sudah tidak sabar untuk perlawanan tersebut kerana perlawanan itu nanti bakal menjanjikan persembahan bola sepak yang menarik.
“Ia satu perlawanan yang tidak akan membuat semua peminat bosan dan saya percaya anda pasti terhibur dengan perlawanan itu nanti,” kata Wenger.
Bagi merealiasikan impian meraih kemenangan di tempat sendiri, Wenger dijangka menurunkan tonggak pertahanan, Sol Campbell bagi mengekang pergerakan penyerang sensasi United, Wayne Rooney yang telah meledak 13 gol dalam 13 penampilan terakhirnya

Jan 30, 2010

KEPUTUSAN LIGA SUPER 30 JANUARI 2010




TERENGGANU 2 VS KUALA LUMPUR 0

JURUTEKNIK DIDAKWA HINA ALMARHUM SULTAN JOHOR


KHAIRULIZAM ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Seremban semalam atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Iskandar.



SEREMBAN - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menghina Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail di dalam blog adukataruna.blogspot.com.
Tertuduh, Khairulizam Abdul Ghani, 29, yang bekerja sebagai juruteknik membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zambri Bakar.
Mengikut fakta kes, tertuduh melakukan kesalahan itu dengan memuat naik ayat-ayat yang mempunyai elemen-elemen menghina Almarhum Sultan Johor menggunakan laman blog itu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara pukul 7.25 malam hingga 9.05 malam di No. 297 Rumah Rakyat Panchor di sini pada 22 Januari lalu.

RTM DAPAT HAK PENYIARAN PERLAWANAN PIALA DUNIA 2010


SIMBOLIK... Rais (tengah) memegang bola rasmi Piala Dunia 2010 selepas majlis menandatangani perjanjian RTM sebagai penyiar berlesen Piala Dunia FIFA 2010 di Sepang semalam. Turut kelihatan ialah Kamaruddin Siaraf (kiri), Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya (dua dari kiri) dan Ahmad Zaharul (dua dari kanan).



RADIO Televisyen Malaysia (RTM) diberi hak sebagai penyiar berlesen Piala Dunia FIFA 2010 yang akan berlangsung di Afrika Selatan pada 11 Jun hingga 12 Julai ini.
Berita gembira itu disahkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim semalam.
Menurutnya, RTM akan menyiarkan 35 perlawanan dengan 24 siaran secara langsung dan 11 siaran tertunda.
"RTM berjaya mendapatkan pakej tawaran rancangan percuma sebanyak 26 jam sepuluh minit untuk siaran di TV1 dan TV2.
"Hampir semua penjadualan siaran langsung perlawanan akan bermula pada pukul 11 malam," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara RTM dengan pemegang hak siaran eksklusif Piala Dunia FIFA 2010, Esprit Media Sdn. Bhd. semalam.
Pada majlis itu, RTM diwakili Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Kamaruddin Siaraf sementara Esprit Media Sdn. Bhd. diwakili Pengarah Urusan, Datuk Ahmad Zaharul Annuar.
Rais berkata, dianggarkan lebih 18 juta penonton akan menyaksikan siaran itu.
"RTM kali ini juga menerima undian yang baik apabila rata-rata perlawanan membabitkan pasukan negara-negara terbaik di dunia seperti England, Portugal dan Brazil memihak kepada RTM," katanya.
Sementara menanti perlawanan bermula penonton akan disajikan dengan siaran menarik lain. RTM telah menjadi penyiar utama Piala Dunia sejak 1974, 1978, 1986, 1990,1994, 1998, 2002 dan 2006. Tema penyiaran untuk tahun ini ialah 'Sorakan 1Malaysia 1Dunia'

PEMECATAN TENGKU FAKHRY TIDAK BOLEH DISEMAK SEMULA

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini semalam membuat keputusan bahawa tindakan Pemangku Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra menyingkirkan adindanya Tengku Muhammad Fakhry Petra daripada Majlis Perajaan Negeri itu tidak boleh disemak semula.
Hakim Mohamad Ariff Md. Yusof berkata, sebuah mahkamah undang-undang bukanlah forum yang sesuai bagi membuat keputusan mengenai isu membabitkan hak istimewa diraja kerana sebarang pertikaian perlu diselesaikan sendiri oleh keluarga diraja itu.
Tengku Muhammad Fakhry, yang juga Tengku Temenggong Kelantan telah mencabar keputusan Tengku Muhammad Faris menyingkirkannya daripada Majlis Perajaan Negeri pada 16 September tahun lalu.
Mengikut Perkara 5 Undang-undang Tubuh Negeri Kelantan, majlis itu bertanggungjawab mengesahkan waris takhta dan menentukan sama ada terdapat kekosongan pada takhta disebabkan ketiadaan sultan di negeri itu untuk tempoh lebih daripada setahun.
Dalam penghakimannya semalam, Hakim Mohamad Ariff memutuskan isu mengenai kedaulatan, hak dan kuasa diraja akan tetap dipelihara dan diakui oleh Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.

Jan 29, 2010

PERHIMPUNAN 100 RIBU RAKYAT KELANTAN








Gambar-gambar diatas dirakam sekitar perhimpunan 100 ribu rakyat Kelantan bersama beberapa orang pemimpin negeri tersebut.Perhimpunan ini bertujuan untuk melakukan solat hajat agar tuntutan bagi royalti minyak negeri tersebut dipermudahkan oleh Allah S.W.T.
Kelantan ada hak untuk mendapat royalti minyak sebanyak RM2 bilion dan akan menjadi negeri yang terkaya, kata bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau yang juga Ahli Parlimen Gua Musang mempersoalkan mengapa Kelantan tidak mendapat royalti minyak sedangkan Sabah dan Sarawak memperolehinya.
Ucapannya yang berjaya menarik perhatian orang ramai yang memenuhi padang Stadium Sultan Mohamad IV itu berakhir kira-kira jam 10.50 malam. Memorandum berhubung tuntutan royalti itu diedarkan kepada orang ramai untuk ditandatangani dan akan diserahkan kepada Pemangku Raja dan Perdana Menteri.
Sejak petang lagi, stadium penuh sesak dengan kehadiran puluhan ribu rakyat Kelantan untuk mengikuti penjelasan royalti minyak yang disampaikan oleh Ku Li.
Majlis bermula dengan solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, diikuti solat Isyak yang diimamkan oleh Ustaz Mohamad Mustafa manakala solat hajat dipimpin oleh Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Orang ramai juga dihidangkan dengan tayang klip video oleh Gegar pada sesi pertama anjuran Urusetia Penerangan Negeri Kelantan. Majlis bertambah meriah dengan perarakan beca memasuki stadium yang membawa Ku Li dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Semoga tuntutan rakyat Kelantan dan pemimpin mereka dipermudahkan oleh Allah S.W.T.

 

Jan 28, 2010

MARIKH MENGHAMPIRI BUMI



Planet Marikh sekali lagi akan bergerak menghampiri Bumi pada akhir bulan ini. Kali terakhir ia berlaku ialah pada akhir tahun 2007.
Tumpukan mata anda ke langit timur apabila selepas terbenamnya matahari dan menjelang Isya. Anda akan dapat lihat sebuah objek seperti bintang yang amat cerah berwarna oren-kemerahan menyinari langit di kawasan langit tersebut.
Itulah planet Marikh, planet ke-4 di dalam sistem suria kita dan berada pada kedudukan Istiqbal dengan Bumi.
Istiqbal merupakan satu keadaan di mana planet-planet yang berada di dalam orbit yang lebih jauh daripada Bumi, berada pada kedudukan sederet relatif kepada Bumi dan Matahari. Di dalam kes ini, Marikh-Bumi-Matahari akan berada pada satu garisan yang hampir lurus. Ini bermaknanya, sebaik sahaja matahari terbenam, Marikh akan terbit.
Pusingan planet Marikh (atau juga dikenali sebagai planet Merah) bagi setiap kedudukan istiqbal ialah setiap 26 bulan.
Ketika ini, Marikh akan berada paling hampir dengan Bumi, dan kita akan dapat melihat ciri-ciri permukaannya dengan begitu jelas dan mudah.
Namun, disebabkan orbit Marikh dan Bumi tidak seragam jauhnya daripada Matahari, maka jarak Marikh-Bumi bagi setiap kejadian istiqbal berbeza-beza. Jika anda masih ingat, tahun 2003 yang mana ketika itu Marikh berada pada jarak yang paling hampir dengan Bumi jika dibandingkan dengan kedudukan istiqbal yang lain.
Kali ini, Marikh tidaklah berada amat hampir tetapi mencukupi untuknya bersinar dengan cerah dan menarik perhatian kita. Kiraan falak menunjukkan kecerahan hampir menyamai kecerahan bintang paling cerah di langit, iaitu bintang Sirius.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang meneropong Marikh di sepanjang bulan Januari dan Februari ini!

KEPUTUSAN PIALA LIGA INGGERIS


 
 
 
MANCHESTER UNITED  3
Scholes (52), Carrick (71), Rooney (92)  
 
MANCHESTER CITY  1
Tevez (76)  

NOKIA X6 BUAH TANGAN BARU DARI NOKIA





Salam geng..kat sini Ultraman nak bagitau kalian satu news..Nokia telah mengeluarkan model terbaru iaitu Nokia X6.Bentuk handphone ni cantik sungguh.Nipis dan ringan.So kalau geng yang ade lebihan duit,bolehlah beli handphone ni kalau terasa nak pakai handphone baru ye..hehehe..sekian..~

AVATAR PECAH REKOD




"I'M king of the world," kata pengarah James Cameron selepas memenangi anugerah Filem Terbaik pada majlis Anugerah Academy pada tahun 1998 untuk filem Titanic. Karya itu bukan sahaja memenangi 11 anugerah Academy tetapi juga memegang rekod sebagai filem terlaris sepanjang masa dengan kutipan AS$1.843 bilion (RM6.266 bilion).
Selepas 12 tahun menakluki dunia, pencapaian Titanic dilihat mustahil untuk diatasi. Namun, itu semua sebelum kemunculan filem arahan terbaru James, Avatar (2009).
Walaupun pada mulanya, Avatar yang memecah rekod filem termahal dunia dengan kos pembikinan AS$237 juta (RM814 juta) dikritik tidak akan menerima sambutan, James membuktikan bahawa dia masih merupakan Raja dalam dunia perfileman.
Setiap hari, pencinta dan pengkritik filem di seluruh dunia teruja menanti jumlah kutipan Avatar kerana masing-masing mahu menjadi orang pertama untuk mengetahui bila filem itu akan merampas tempat Titanic.
Namun, pengarahnya sendiri tidak begitu mempedulikan kutipan box-office.
Sementelah, jika Avatar mengatasi Titanic sekalipun, kedua-dua filem itu merupakan hasil kerja tangan James. "Tidak seperti pembikin filem yang lain, saya tidak akan menunggu di samping telefon berjam-jam untuk menantikan kutipan di pawagam.
"Saya cuma menanti panggilan pada hari Isnin untuk mengetahui jumlah yang diperolehi pada hujung minggu. Saya hanya mahu berada di kedudukan pertama," ujar James.
Pada hari kelima tayangan, Avatar mengutip AS$232 juta (RM788 juta) di seluruh dunia. Ia merupakan angka terbesar bagi sebuah filem yang bukan francais atau sekuel. China juga menjadi lokasi Avatar memecah rekod apabila filem itu mencatat kutipan tertinggi pada tayangan hari dan minggu pertama sepanjang masa.
"Kita sedang menyaksikan catatan sejarah box-office. Semua rekod besar telah diatasi dan banyak lagi rekod baru sedang dicipta. Avatar sedang mendominasi pawagam dan tiada filem yang boleh bersaingan dengannya. Ia dihasilkan untuk memecah semua rekod," kata Penganalisis Box-Office Hollywood.com, Paul Dergarabedian.

LIANA MENINGGAL DUNIA AKIBAT BATUK KERING




LIANA ketika aktif dalam karier seni sebagai pelakon drama tahun 1990-an.


IPOH - Pelakon drama, Liana Sulaimanmeninggal dunia akibat penyakit batuk kering di rumah keluarganya di Taman Pangkalan Barat Mewah, Pasir Puteh di sini semalam.
Liana, 34, yang juga adik kepada artis yang kini bergelar ahli perniagaan, Zarina Zainuddin meninggal dunia setelah terjatuh di dalam bilik air pada pukul 10 pagi.
Adik Liana, Hisham Lee, 30, berkata, Liana atau nama sebenarnya, Norliana Sulaiman yang menderita penyakit batuk kering setahun lalu pulang ke rumah keluarganya dua minggu lalu untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

"Ketika berada di bilik air, Liana tiba-tiba menjerit meminta pertolongan."Saya dan ibu (Zahura Abd. Mutalib, 55), pergi ke bilik air dan mendapati Liana muntah darah dan dalam keadaan lemah," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.Menurutnya, dia kemudian membantu Liana keluar dari bilik air dan menghubungi ambulans. Namun sebaik pegawai perubatan sampai, Liana telah meninggal dunia.

ROLLS-ROYCE KEMBALI KE MALAYSIA BERSAMA GHOST


SEKUMPULAN petugas media melihat kemewahan kemasan dalaman Rolls-Royce Ghost yang bernilai RM2.6 juta di Kuala Lumpur semalam.


PETALING JAYA - Setelah lebih dua dekad hilang daripada pasaran automotif tempatan, Rolls-Royce akhirnya kembali dengan memperkenalkan model salon mewah Ghost di sini semalam.
Berbeza dengan model-model keluaran Rolls-Royce sebelum ini, Ghost memiliki saiz yang lebih kecil, dinamik serta menepati aspek modenisasi baru namun ciri-ciri kemewahannya masih terserlah.
Jentera yang dilengkapi enjin V12 dengan pendesak turbo kembar berseseran 6.6 liter itu diedar oleh pemegang francaisnya, Quill Motorcars Sdn. Bhd.
"Kami menyasarkan jualan antara lapan hingga 10 buah kereta Rolls-Royce bagi tahun ini," kata Pengarah Urusan Quill Motorcars, Datuk Michael Ong selepas prebiu model Ghost di sini semalam.
Harga jualan model Ghost bermula daripada RM2.6 juta.

TROFI ASLI PIALA DUNIA FIFA TIBA DI KUALA LUMPUR



KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia akan menjadi perhatian peminat sukan dunia selama dua hari apabila Trofi Piala Dunia FIFA tiba dari Jakarta dalam penerbangan sewa khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Rabu.


Kuala Lumpur menjadi bandar raya Asia kelima menerima kedatangan trofi teragung bola sepak itu dalam siri jelajah sejauh 134,017km merentasi lima benua dengan perjalanan bermula dari Ibu Pejabat Persekutuan Bola sepak Antarabangsa (FIFA) di Zurich, Switzerland, pada 21 Sept lalu.


Sebelum ini, trofi itu singgah untuk tatapan peminat bola sepak di benua Asia di Calcutta, India pada 17 Jan lalu diikuti Ho Chi Minh (Vietnam), 20 Jan, Bangkok (Thailand), 23 Jan dan Jakarta semalam.


Siri jelajah, yang dibawakan khas oleh syarikat minuman terkenal Coco-Cola dengan kerjasama FIFA, adalah sebahagian daripada promosi Kejohanan Piala Dunia di Afrika Selatan mulai Jun hingga Julai ini.


Sempena menghangatkan Piala Dunia, trofi asli setinggi 36.8 sentimeter dan seberat 6.175 kilogram serta diperbuat daripada emas tulen 18 karat dengan dua lapisan batu pertama 'Malachite' pada bahagian dasar, akan dipamerkan untuk orang awam di Pusat Konvensyen Mid Valley di sini mulai esok dan Jumaat.


"Kami amat bangga dengan sambutan setakat ini dan kami menjangka sambutan hangat dari peminat bola sepak di Malaysia," katanya jurucakap FIFA, Lingling Liu, selepas ketibaan rombongan jelajah berkenaan di KLIA.


Katanya semasa jelajah itu, peminat berpeluang melihat piala asli itu secara dekat.


Sementara itu, Pengurus Besar Coca-Cola bagi Malaysia,Singapura dan Brunei Darrusalam, Antonio del Rosario, berkata kira-kira 10,000 peminat akan mendapat peluang keemasan dan jarang diperoleh seumur hidup untuk melihat dan merakamkan gambar bersama trofi itu di sini.


Jelajah Piala Dunia FIFA, yang dianjurkan bagi Piala Dunia kedua berturut-turut, akan meliputi lebih ramai peminat dan bandar raya serta negara menerusi 225 perjalanan sebelum sampai ke Afrika Selatan pada 4 Mei ini, katanya.


"Peminat boleh mendapatkan tiket untuk melihat trofi itu dengan pembelian hidangan 'Burger Prosperity' di restoran McDonald di Lembah Klang mulai sekarang dan juga dengan melawat gerai Coke di Mid Valley," katanya.


Pada 2006 sempena Piala Dunia di Jerman ketika itu, jelajah trofi itu telah singgah di 31 bandar raya dari 29 negara dengan perjalanan sejauh 102,570km.

Jan 27, 2010

PESANAN BUAT LINDA, SCHA



AIR mata jantan Fahrin tanpa dapat dbendung lagi.


ENTAH di mana silapnya, dua selebriti yang pernah bercinta selama hampir lima tahun dan putus pada setahun yang lalu, Fahrin Ahmad dan Linda Onn kini menjadi musuh antara satu sama lain.
Sepanjang perpisahan mereka, ada sahaja kenyataan demi kenyataan berbalas yang diberikan mereka walaupun pada ketika itu, Fahrin sudah pun mempunyai kekasih baru iaitu Scha Al-Yahya.
Bagaimanapun, cinta antara Fahrin dan Scha tidak kekal lama setelah hubungan mereka putus pada September tahun lalu.
Kini, gara-gara kenyataan yang dikeluarkan Linda menerusi dua buah akhbar dengan dakwaan Fahrin seorang lelaki kaki pukul dan panas baran, Fahrin terpaksa membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.
Dengan melantik seorang peguam, Tengku Naufal Tengku Mansor, Fahrin telah mengemukakan notis tuntutan maaf dan menyiarkan permohonan maaf atas alasan memfitnahnya, selain menulis surat aku janji agar tidak mengulangi perbuatan seumpama itu lagi dalam tempoh tujuh hari terhadap penyampai radio Suria FM itu.
Bagi Fahrin, tindakan yang dibuatnya itu adalah jalan yang terakhir untuk 'mendiamkan' Linda daripada membuat sebarang kenyataan buruk mengenainya.
Sudah pasti dakwaan Linda itu suatu tamparan hebat yang pernah diterima Fahrin sehingga melibatkan tekanan emosi.
Malah, ketika sidang media berlangsung di Hotel Palace Of The Golden Horses, Fahrin sebak dan terus mengeluarkan air matanya tatkala memberitahu betapa sedihnya dia mengenangkan ibunya yang terlantar sakit di hospital turut menerima tempias dan terpaksa berhadapan dengan persoalan demi persoalan tentang hal itu yang ditebak oleh saudara-mara dan teman-teman.
Berikut luahan hati Fahrin.
Setelah sekian lama, mengapa baru sekarang anda mengambil tindakan?
Pada peringkat awal ia terlalu remeh. Kisah percintaan tidak sepatutnya jadi begini. Dalam tempoh lama saya berdiam tidak bermakna saya kalah tapi saya tenang dan sekadar melihat sahaja. Saya tak akan ambil tindakan tegas jika perkara ini tidak perlu. Sepatutnya dia tak payah nak bercakap perkara yang boleh mengaibkan. Akhirnya, atas nasihat peguam, saya rasa apa yang tertera memang cukup kukuh berlandaskan undang-undang, dan saya bertindak.
Bagi anda, apakah yang membuatkan Linda mengeluarkan kenyataan sedemikian?
Percintaan tidak seharusnya begini. Kenapa bila dah habis baru nak cakap buruk pasal saya. Saya tak pernah sikit pun mengata mereka (Linda dan Scha) yang boleh menyebabkan orang luar berprasangka buruk. Apabila saya putus cinta dengan Scha, saya tahu orang akan kata silap saya. Saya diam. Saya tak faham kenapa dia nak buat tindakan macam ini. Saya tak pernah menyesal berkawan dengan mereka. Tetapi kenapa sampai hati mereka buat macam ini.
Perasaan awak ketika diberi gambaran sebagai seorang yang panas baran dan kaki pukul?
Saya ini seorang yang ceria dan menghiburkan. Wajah saya sudah menjadi duta kepada beberapa produk besar dan kecil dan saya perlu menjaga nama produk yang saya bawa. Apa perasaan awak bila awak keluar negara, orang tanya, betul ke awak ini kaki pukul? Bagaimana pula perasaan awak bila mak sakit di hospital turut ditanya soalan itu.
Adik saya yang tidak tahu apa-apa pun mendapat pelbagai panggilan telefon dan mereka terpaksa menjawab soalan-soalan orang.
Bila akhbar The Star turut keluarkan artikel itu, pembaca-pembaca mereka tidak didedahkan dengan gosip-gosip. Saya percaya mereka pasti akan ada keraguan tentang saya setelah membaca artikel itu.
Mungkin bunyinya agak kelakar. Tapi macam mana kalau suatu hari nanti ada orang nak bermenantukan saya. Sah-sah orang tanya, awak ni kaki pukul ke? Saya tak macam itu!
Komen keluarga awak tentang hal ini?

TONY TOLAK PELAWAAN


TONY tidak mahu menerima tawaran pemilik West Ham.



KUALA LUMPUR - Taikun syarikat penerbangan negara, Datuk Seri Tony Fernandes (gambar) semalam menolak pelawaan untuk menjadi pemegang saham minoriti kelab bola sepak England, West Ham selepas beliau tewas dalam pembidaan untuk membeli kelab tersebut baru-baru ini.
Bekas pemilik Birmingham City, David Sullivan dan David Gold pada 19 Januari lalu berkata, mereka telah berjaya menguasai West Ham setelah memiliki 50 peratus pegangan saham.
Sullivan mempunyai pilihan untuk membeli baki 50 peratus pegangan saham tersebut pada bila-bila masa dalam tempoh empat tahun ini tetapi beliau lebih berminat untuk menarik individu lain yang juga penyokong West Ham seperti Tony untuk melabur dalam kelab itu.
Ditanya adakah beliau berminat, Tony bingkas menjawab: "Tidak."
"Sasaran saya hanyalah untuk memiliki 100 peratus saham kelab itu kerana saya rasa mereka hanya memerlukan seorang pemimpin sahaja. Saya tidak pasti memiliki dua pemimpin adalah sesuatu yang baik," katanya.
Tony yang juga Ketua Eksekutif syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia serta ketua pasukan Lotus F1 Racing menambah, beliau sebenarnya mendapat sokongan penuh daripada penyokong West Ham dan sedia membawa pembaharuan dari segi pemasaran dan penjenamaan semula kelab itu.
"Saya telah menerima 8,000 e-mel daripada penyokong West Ham dan jika kamu melihat kepada laman web penyokong tersebut, saya adalah calon kegema- ran mereka." 

KTM TAWAR PAS SEPARUH HARGA



KUALA LUMPUR - Pengguna perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bakal menikmati penjimatan sehingga 50 peratus dengan pengenalan pas harian dan bulanan KTM Komuter mulai Februari ini.
Sebagai contoh, tambang perjalanan pergi balik KTMB dari Seremban ke KL Sentral sekarang ialah RM12 atau RM360 sebulan.
Tawaran terbaru itu menawarkan penjimatan yang besar apabila pas bulanan yang sama untuk bulan Februari dijual hanya RM240 dan selepas potongan separuh harga, pengguna hanya perlu membayar RM120.

KEPUTUSAN LIGA SUPER MALAM INI

Selangor
N.Sembilan
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
T-Team
Johor FC

6 - 0*
2 - 1*
1 - 1*
0 - 0*
0 - 3*
1 - 0*

ditunda
Johor
Terengganu
Pahang
Kelantan
Kedah
Perlis
KL Plus

Jan 26, 2010

VIDEO HINA ALMARHUM SULTAN JOHOR TERSEBAR

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Seorang wartawan radio membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung klip video dalam "Youtube" yang memaparkan penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Laporan itu dibuat oleh Ibnu Khusairi Ibnu Aris, wartawan Radio Bernama 24 di Balai Polis Hulu Kelang, dekat sini kira-kira pukul 11.30 malam Isnin.

Dalam laporan itu, katanya beliau melihat klip video bertajuk "Sultan Johor Remix" ketika berada di rumahnya di Keramat di sini kira-kira pukul 1.30 petang Sabtu lepas.

"(Saya) Tertonton satu video klip yang papar Almarhum semasa hayatnya berada dalam majlis perasmian Wilayah Pembangunan Iskandar dan suara Almarhum telah dialih suara kepada satu suara yang tidak dikenali."

"Suara itu telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan seolah-olah Almarhum yang bercakap begitu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ibnu Khushairi berkata laporan dibuat kerana rasa tanggungjawab sebagai rakyat dan mahukan video yang bertarikh 5 Nov 2009 itu dihentikan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Sementara itu jurucakap Balai Polis Hulu Kelang ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan itu dan siasatan akan dijalankan segera bagi mencari dalang di sebalik paparan video klip itu.

JADUAL LIGA SUPER 26 JANUARI 2010

Selangor
N.Sembilan
Kuala Lumpur
Perak
Pulau Pinang
T-Team
Johor FC

8.45 mlm
8.45 mlm
8.45 mlm
8.45 mlm
8.45 mlm
8.45 mlm
ditunda

Johor
Terengganu
Pahang
Kelantan
Kedah
Perlis
KL Plus

Jan 25, 2010

ANGELINA JOLIE, BRAD PITT BERPISAH




GAMBAR fail menunjukkan Jolie dan Pitt di Cannes, Perancis pada 20 Mei 2009.


LOS ANGELES - Pasangan kekasih paling ideal di Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie telah menemui peguam perceraian untuk menandatangani dokumen perpisahan serta pembahagian harta bernilai £205 juta (RM1.1 bilion), lapor akhbar News of the World semalam.
Kedua-dua mereka bersetuju untuk membahagikan harta kekayaan masing-masing mengikut undang-undang dan menentukan hak penjagaan enam orang anak-anak mereka.
Dokumen-dokumen undang-undang yang mengejutkan itu ditandatangani secara rahsia oleh kedua-dua pasangan tersebut bulan ini dengan memperincikan bagaimana semua harta dan beberapa buah rumah mereka akan dibahagikan.
Perjanjian itu memberi mereka hak penjagaan bersama ke atas anak-anak mereka namun keenam-enam anak pasangan tersebut termasuk anak angkat akan berada di bawah penjagaan Jolie.
Satu sumber memberitahu akhbar itu: "Dokumen perjanjian itu telah ditandatangani pada awal Januari tahun ini oleh kedua-dua pasangan itu."
Jolie dan Pitt mula menjalin hubungan cinta apabila kedua-dua pasangan itu berlakon dalam filem Mr and Mrs Smith pada 2004.
Pasangan itu mempunyai tiga anak angkat iaitu Maddox, 8, Pax, 6, dan Zahara, 5.
Tiga anak pasangan tersebut yang dilahirkan oleh Jolie berumur 34 tahun ialah Shiloh, 3, dan kembar Knox serta Vivienne yang berusia 17 bulan.
Persediaan untuk perpisahan itu bermula pada bulan lalu apabila mereka menemui sebuah firma perceraian.
Satu pengumuman rasmi perpisahan mereka dijangka dibuat tidak lama lagi sekali gus menamatkan spekulasi hubungan mereka selama lima tahun.
Pasangan bermasalah itu dilihat tidak bersama di khalayak ramai sejak beberapa hari lalu.
Pada Jumaat lalu, Pitt yang berumur 46 tahun berada di belakang pentas konsert amal untuk mangsa gempa bumi di Haiti yang dianjurkan di Los Angeles tanpa kehadiran Jolie.
Sebelum menjalin hubungan dengan Jolie, Pitt berkahwin dengan Jennifer Aniston yang merupakan pelakon drama Friends.

SCORPIONS UMUM PERSARAAN


GAMBAR fail menunjukkan anggota-anggota kumpulan Scorpions tiba untuk menghadiri majlis anugerah Echo di Berlin pada 21 Februari 2009.




BERLIN - Band rock terkenal dari Jerman, Scorpions melabuhkan tirai nyanyian mereka selepas empat dekad menceburkan diri dalam industri muzik, lapor laman web kumpulan berkenaan semalam.
Band yang popular dengan lagu Wind of Change itu menyatakan bahawa anggota-anggota kumpulannya sepakat bahawa kerjaya muzik mereka sudah sampai ke penghujungnya.
Menurut laman web itu, anggota-anggota band tersebut akan menamatkan kerjaya muzik mereka selepas album terakhir, Sting In The Tail diterbitkan pada Mac ini.
Ia menyatakan satu konsert jelajah akan bermula di Jerman pada Mei depan sebelum diadakan di beberapa tempat lain di dunia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Pemain gitar band itu, Rudolf Schenker menubuhkan kumpulan Scorpions di Hannover, Jerman pada 1965.
Penyanyi Klaus Meine mula menyertai band tersebut beberapa tahun kemudian dan dia kini berusia 61 tahun.

Jan 24, 2010

GEMPAR BAYI DILAHIRKAN BERKEPALA DUA



ANUGRAH Arya Suprianta yang mempunyai kepala kedua di perutnya seperti disiarkan stesen televisyen SCTV.


PENDUDUK di Nibung Putih, Muarasabak Barat, Tanjung Jabung Timur dekat sini gempar apabila seorang wanita tempatan, Irawati melahirkan seorang bayi lelaki berkepala dua pada Selasa lalu, lapor akhbar tempatan semalam.
Anak pertama wanita yang berusia 25 tahun itu selamat dilahirkan di rumahnya dengan berat 3.2 kilogram sebelum dibawa ke Hospital Nurdin Hamzah dan kemudian dirujuk ke Hospital Daerah Raden Mattaher di sini kelmarin.
Bayi yang diberi nama Anugrah Arya Suprianta memiliki kepala kedua di perutnya.
Kata bapanya, Abdul Kassim, 29, seorang petani, pada mulanya bayi itu disangka sebagai anak kembar kerana tidak menunjukkan sebarang tanda aneh sepanjang pemeriksaan sebelum dilahirkan.
"Tidak ada gambaran bahawa anak kami akan memiliki kepala dua namun, kami tabah dengan keadaan ini kerana dia adalah amanah Allah," katanya.
Pasukan polis kini diletakkan di rumah pasangan itu bagi mengawal orang ramai yang teruja mahu melihat bayi tersebut. Pada 26 Disember lalu, satu bayi berkepala dua juga dilahirkan di Garut, Jawa Barat tetapi meninggal dunia beberapa jam kemudian.

TANDA-TANDA SEBELUM KEMBALI KEPADA ALLAH S.W.T



Tanda 100 hari sebelum mati

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendainya. walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan usuran yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. adapun malaikat maut ini wajahnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah yang akan dicabutnya.

Tanda 7 Hari Sebelum Mati

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 Hari Sebelum Mati

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita aiaitu diantara dahi kanan dan kiri, Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang hendak memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 Hari Sebelum Mati

Akan berlaku sesudah Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan di sbelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Sesungguhnya mengingati mati adalah bijak .
Sebarkan buletin ini....May Allah Bless You.

MANCHESTER UNITED KEMBALI KE PUNCAK LIGA


(gambar : George Boateng mewakili Hull City mengawal bola daripada dirampas oleh Daren Fletcher dan Park Ji Sung)

Wayne Rooney meletakan United didepan seawal minit ke tujuh.Kemudian menjaringkan 2 gol lagi dalam masa 3 minit seterusnya mencatatkan hatrik sebelum dia menambah satu gol lagi dalam masa kecederaan.Nani dan Berbatov melakukan umpanan cantik bagi gol-gol tersebut.

Jan 23, 2010

SELANGOR TUMBANG DI GELANGGANG PENYU



4

VS

0





PENJARING GOL PASUKAN TERENGGANU :

ABDUL MANAF MAMAT = 1 GOL
ASAARI = 2 GOL (PENALTI)
JOSEPH KALANG TIE = 1 GOL 

LAWATAN KE RABBIT FARM


 
 
 
 
 
 
 

Salam geng,disini saya ingin berkongsi beberapa keping gambar ketika lawatan saya ke rabbit farm di Jalan Kebun,Shah Alam.Arnab yang terdapat di ladang ini terdiri dari baka Anggora,Lion Head,Lop dan bermacam-macam lagi.Jika geng berminat untuk memiliki haiwan comel ini,bolehlah visit Rabbit Farm.
Sampai disini sajalah entry saya untuk topik ini.sekian.Salam.

PROJEK LEBUHRAYA BARU KL-KUALA SELANGOR


 
 

Salam geng..bertemu lagi kita pada post kali ini.Pagi tadi aku berpeluang mengikuti satu lawatan ke Kuala Selangor.Kat entry kali ini,aku nak ceritala sikit pasal gambar yang sempat aku snap ni.Yela,just gune camera handphone tak jelas sangatla.Maaf kalau tak jelas okey..Ini antara gambar projek lebuhraya yang bakal menghubungkan Kuala Lumpur dan Kuala Selangor.So lepas ni,pada sesiapa yang kampung mereka di Kuala Selangor tu,mesti dah tersenyum lebar kerana nak balik nanti cepatla sikit berbanding sekarang.Tapi dukacita dimaklumkan bahawa projek ini baru dalam 30-40% siap kot.Mungkin tahun depan baru siap sepenuhnya.Oklah geng,itulah sedikit huraian pasal gambar ini.Hehehe..salam..

JOM BOIKOT ISRAEL LAKNATULLAH

Sebarkan kepada rakan-rakan dan saudara islam kita..

AWAS!!!
-729 ialah tiga digit awal pada kod bar adalah produk israel
-Jadi berhentilah daripada membeli dan menyumbang kepada israel.



Untuk maklumat boikot israel lebih lanjut klik http://www.mylinkspage.com/israel.html

Rakyat Johor Dibenar Ziarah Jenazah Sultan Mulai Pagi Sabtu

JOHOR BAHARU, 23 Jan 2010.Jenazah Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar yang akan disemayam di Dewan Besar, Istana Besar, di sini boleh diziarahi segenap lapisan rakyat Johor mulai pagi Sabtu.Menteri Besar Johor yang mengumumkan kemangkatan Almarhum baginda Sultan Johor, malam tadi, berkata waktu yang dibenarkan kepada orang awam untuk memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum adalah dari pukul 9 pagi hingga 10.30 pagi.
"Penghormatan terakhir oleh orang kenamaan pula adalah bermula dari pukul 11 pagi sehingga pukul 12.30 tengah hari," katanya di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan.Abdul Ghani berkata jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar pada pukul 1.30 tengah hari untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, pada pukul 2 petang.Mengenai peraturan berkabung, beliau berkata orang-orang Melayu perlu memakai tanda perkabungan kain putih selilit saja selebar dua inci pada songkok.
Bagi lain bangsa dan agama, Abdul Ghani berkata mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.Katanya, bagi yang memakai uniform dan memakai uniform pada majlis tertentu, mereka perlu melilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri."Bagi perempuan Melayu, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan lain bangsa dan agama, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri," katanya.
Abdul Ghani berkata bagi upacara pemakaman pula, lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri.Beliau berkata bagi yang memakai uniform, mereka perlu melilit kain putih berukuran dua inci di songkok.
Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai, katanya.

SULTAN JOHOR MANGKAT

JOHOR BAHARU, 22 Jan 2010.Sultan Johor Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, 77, mangkat pada Jumaat malam selepas memerintah Johor hampir tiga dekad.
Baginda mangkat pada pukul 7.15 malam di Hospital Pakar Puteri di sini selepas dimasukkan ke hospital itu hari ini kerana gering.Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman.Baginda meninggalkan Sultanah Zanariah serta 10 orang putera-puteri.
Sultan Iskandar, yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Baharu pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.Tiga tahun kemudian pada 15 Nov 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.Petang ini, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.
Berita mengenai kegeringan Sultan Iskandar diumumkan oleh Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad pada pukul 5 petang.Almarhum merupakan putera ketiga Almarhum Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim dan cicinda kepada Bapa Johor Moden Almarhum Sultan Abu Bakar.Sultan Iskandar, yang merupakan Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden, menerima pendidikan awal di Johor Baharu, sebelum melanjutkan pelajaran ke Australia dan United Kingdom.
Baginda yang merupakan Kolonel Yang Dipertua, Rejimen Perkhidmatan Khas Malaysia (Komando), sering kelihatan memakai uniform tentera pada upacara rasmi kerana minatnya dalam bidang ketenteraan.Nama Almarhum terpahat pada sekolah, acara sukan seperti Kejohanan Golf Terbuka Iskandar dan juga koridor pembangunan selatan Johor iaitu Iskandar Malaysia.
Abdul Ghani turut ditanya pemberita tentang punca kemangkatan baginda, tetapi enggan menjelaskan lebih lanjut."Semoga dicucuri rahmat yang berlebih-lebihan ke atas roh Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan itu," katanya pada sidang media yang turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Latif Yusof dan Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli.
Turut berada pada sidang media itu ialah Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff.Menteri Besar berkata, perangkatan jenazah baginda Sultan Johor ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah akan bermula pada 1.30 petang hari ini.
Rakyat Johor menurut beliau, boleh menziarah jenazah baginda di Istana Besar mulai 9 pagi hari ini, manakala tempoh ziarah bagi orang kenamaan dijadualkan bermula pada 11 pagi hingga 12.30 tengah hari.Sementara itu dalam sidang medianya, beliau turut meminta rakyat dan penduduk negeri ini supaya berkabung mulai hari ini sehingga pemakaman jenazah Almarhum Duli Yang Maha Mulia selama tujuh hari.
Manakala bagi kerabat-kerabat diraja pula katanya, tempoh perkabungan adalah selama 40 hari mulai hari ini.Abdul Ghani berkata, bendera negeri dinaikkan separuh tiang mulai malam semalam selama tujuh hari dan membatalkan segala bentuk hiburan dan permainan sepanjang hari pemakaman baginda.
Beliau juga mengarahkan semua masjid dan surau negeri ini supaya mengadakan majlis bacaan tahlil dan doa ke atas roh baginda selepas fardu Maghrib selama tujuh hari mulai hari ini.Sementara itu, jenazah almarhum Sultan Iskandar kelihatan dibawa ke Istana Besar pada 11.22 malam.Van jenazah yang membawa jenazah baginda dilihat meninggalkan Hospital Pakar Puteri sambil diiringi berpuluh buah motosikal pengiring trafik, kenderaan kerabat diraja Johor, anggota-anggota exco kerajaan negeri Johor dan Timbalan Setia Negeri Johor (JMF).
Perkarangan hospital tersebut dikawal ketat oleh anggota polis, JMF dan juga Rela berikutan kehadiran ramai petugas media termasuk dari Singapura dan juga rakyat jelata.Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, Tengku Puan Pahang Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah merupakan yang terawal menziarahi almarhum.
Turut melawat almarhum adalah bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Datuk Halimah Sadique, dan Ketua Eksekutif Johor Corporation Tan
Sri Muhammad Ali Hashim.
-AL-FATIHAH-

Filem Melayu Menarik Tahun 2010

REMPIT V3 SAMSENG JALANAN

 
 




 NIYANG RAPIK "DOSA SILAM KEMBALI MENGHANTUI"



Salam geng..Aku nak cerita sikit kat korang nie..petang tadi aku pergilah tengok wayang..cerita Adnan Sempit..setelah sekian lame kat panggung,tadi baru aku berpeluang menonton filem tersebut.best jugaklah cerita tu..lawak betul.hahaha..dan kat panggung tadi jugaklah aku menonton 2 buah thriler filem Melayu yang bakal ditayangkan tak lama lagi.Aku nak bercerita kepada geng sebab sebelum ni ada yang bertanya apa filem Melayu yang bakal keluar kat panggung,jadi aku tolong tunaikan pertanyaan geng kita itu okey?,Baca betul-betul okey geng..2 buah filem tersebut ialah Rempit V3 "Samseng Jalanan" arahan Bro Farid Kamil dan sebuah lagi filem "Niyang Rapik" arahan Ahmad Idham.Kedua-dua buah filem ini akan menemui rakyat Malaysia tak lama lagi.
Pada post aku kali ini aku sertakan poster dari 2 buah filem yang akan menerjah panggung tak lama lama lagi.So kalau korang terasa nak menonton 2 buah filem ini, rajin-rajinkanlah diri anda membaca berita tentang filem tersebut okey geng?Hmm..rasenyer sampai kat sini dululah entry kali ini..nak tidur..semoga kita bertemu lagi pada entry yang lain..Smile always Geng!!!peace!!

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI