Jan 25, 2010

ANGELINA JOLIE, BRAD PITT BERPISAH




GAMBAR fail menunjukkan Jolie dan Pitt di Cannes, Perancis pada 20 Mei 2009.


LOS ANGELES - Pasangan kekasih paling ideal di Hollywood, Brad Pitt dan Angelina Jolie telah menemui peguam perceraian untuk menandatangani dokumen perpisahan serta pembahagian harta bernilai £205 juta (RM1.1 bilion), lapor akhbar News of the World semalam.
Kedua-dua mereka bersetuju untuk membahagikan harta kekayaan masing-masing mengikut undang-undang dan menentukan hak penjagaan enam orang anak-anak mereka.
Dokumen-dokumen undang-undang yang mengejutkan itu ditandatangani secara rahsia oleh kedua-dua pasangan tersebut bulan ini dengan memperincikan bagaimana semua harta dan beberapa buah rumah mereka akan dibahagikan.
Perjanjian itu memberi mereka hak penjagaan bersama ke atas anak-anak mereka namun keenam-enam anak pasangan tersebut termasuk anak angkat akan berada di bawah penjagaan Jolie.
Satu sumber memberitahu akhbar itu: "Dokumen perjanjian itu telah ditandatangani pada awal Januari tahun ini oleh kedua-dua pasangan itu."
Jolie dan Pitt mula menjalin hubungan cinta apabila kedua-dua pasangan itu berlakon dalam filem Mr and Mrs Smith pada 2004.
Pasangan itu mempunyai tiga anak angkat iaitu Maddox, 8, Pax, 6, dan Zahara, 5.
Tiga anak pasangan tersebut yang dilahirkan oleh Jolie berumur 34 tahun ialah Shiloh, 3, dan kembar Knox serta Vivienne yang berusia 17 bulan.
Persediaan untuk perpisahan itu bermula pada bulan lalu apabila mereka menemui sebuah firma perceraian.
Satu pengumuman rasmi perpisahan mereka dijangka dibuat tidak lama lagi sekali gus menamatkan spekulasi hubungan mereka selama lima tahun.
Pasangan bermasalah itu dilihat tidak bersama di khalayak ramai sejak beberapa hari lalu.
Pada Jumaat lalu, Pitt yang berumur 46 tahun berada di belakang pentas konsert amal untuk mangsa gempa bumi di Haiti yang dianjurkan di Los Angeles tanpa kehadiran Jolie.
Sebelum menjalin hubungan dengan Jolie, Pitt berkahwin dengan Jennifer Aniston yang merupakan pelakon drama Friends.

2 comments:

  1. nk wat pnagkuan brani mampos neh..
    mereka clash sbb aku,, sob3
    sorry guyz,,, no me, its brad fault! sob3

    ReplyDelete
  2. tak susah nak jadi artis.tapi bila da jadi menyusahkan hidupp.lalala.

    ReplyDelete

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI