Jan 31, 2010

ARSENAL VS MANCHESTER UNITED





LONDON – Alex Ferguson menganggap sejarah baru akan tercipta dalam saingan Liga Perdana England apabila Mancheter United berdepan musuh tradisi, Arsenal di Emirates malam ini.
Setelah 24 tahun membimbing United, Ferguson menyifatkan Arsenal sebagai pencabar terkuat skuad The Red Devils untuk mempertahankan kejuaraan liga musim ini.
“Berdepan Arsenal adalah satu perlawanan yang bakal menjadi sejarah.
“Sejak saya berada di sini (Old Trafford), hanya United dan Arsenal sahaja yang sering kali bersaing bagi merangkul trofi liga.

ROONEY (kiri) sekali lagi akan mengetuai jentera serangan United pada pertemuan menentang Arsenal di Emirates malam ini.

“Tidak dapat dinafikan bahawa Chelsea juga merupakan salah sebuah kelab yang kuat tetapi kelab itu dilihat menunjukkan peningkatan dalam saingan trofi liga sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.
“Namun sejarah telah membuktkikan Arsenal akan sentiasa memberikan saingan dan perlawanan Ahad ini (malam ini) pastinya menjanjikan saingan sengit,” jelas Ferguson.
Sementara itu, Wenger berkata, dia hanya akan berasa gembira jika dapat menewaskan United bagi membuktikan kelabnya serius untuk menjuarai liga.
“Saya sudah tidak sabar untuk perlawanan tersebut kerana perlawanan itu nanti bakal menjanjikan persembahan bola sepak yang menarik.
“Ia satu perlawanan yang tidak akan membuat semua peminat bosan dan saya percaya anda pasti terhibur dengan perlawanan itu nanti,” kata Wenger.
Bagi merealiasikan impian meraih kemenangan di tempat sendiri, Wenger dijangka menurunkan tonggak pertahanan, Sol Campbell bagi mengekang pergerakan penyerang sensasi United, Wayne Rooney yang telah meledak 13 gol dalam 13 penampilan terakhirnya

No comments:

Post a Comment

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI