Jan 28, 2010

AVATAR PECAH REKOD




"I'M king of the world," kata pengarah James Cameron selepas memenangi anugerah Filem Terbaik pada majlis Anugerah Academy pada tahun 1998 untuk filem Titanic. Karya itu bukan sahaja memenangi 11 anugerah Academy tetapi juga memegang rekod sebagai filem terlaris sepanjang masa dengan kutipan AS$1.843 bilion (RM6.266 bilion).
Selepas 12 tahun menakluki dunia, pencapaian Titanic dilihat mustahil untuk diatasi. Namun, itu semua sebelum kemunculan filem arahan terbaru James, Avatar (2009).
Walaupun pada mulanya, Avatar yang memecah rekod filem termahal dunia dengan kos pembikinan AS$237 juta (RM814 juta) dikritik tidak akan menerima sambutan, James membuktikan bahawa dia masih merupakan Raja dalam dunia perfileman.
Setiap hari, pencinta dan pengkritik filem di seluruh dunia teruja menanti jumlah kutipan Avatar kerana masing-masing mahu menjadi orang pertama untuk mengetahui bila filem itu akan merampas tempat Titanic.
Namun, pengarahnya sendiri tidak begitu mempedulikan kutipan box-office.
Sementelah, jika Avatar mengatasi Titanic sekalipun, kedua-dua filem itu merupakan hasil kerja tangan James. "Tidak seperti pembikin filem yang lain, saya tidak akan menunggu di samping telefon berjam-jam untuk menantikan kutipan di pawagam.
"Saya cuma menanti panggilan pada hari Isnin untuk mengetahui jumlah yang diperolehi pada hujung minggu. Saya hanya mahu berada di kedudukan pertama," ujar James.
Pada hari kelima tayangan, Avatar mengutip AS$232 juta (RM788 juta) di seluruh dunia. Ia merupakan angka terbesar bagi sebuah filem yang bukan francais atau sekuel. China juga menjadi lokasi Avatar memecah rekod apabila filem itu mencatat kutipan tertinggi pada tayangan hari dan minggu pertama sepanjang masa.
"Kita sedang menyaksikan catatan sejarah box-office. Semua rekod besar telah diatasi dan banyak lagi rekod baru sedang dicipta. Avatar sedang mendominasi pawagam dan tiada filem yang boleh bersaingan dengannya. Ia dihasilkan untuk memecah semua rekod," kata Penganalisis Box-Office Hollywood.com, Paul Dergarabedian.

2 comments:

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI