Jan 28, 2010

LIANA MENINGGAL DUNIA AKIBAT BATUK KERING




LIANA ketika aktif dalam karier seni sebagai pelakon drama tahun 1990-an.


IPOH - Pelakon drama, Liana Sulaimanmeninggal dunia akibat penyakit batuk kering di rumah keluarganya di Taman Pangkalan Barat Mewah, Pasir Puteh di sini semalam.
Liana, 34, yang juga adik kepada artis yang kini bergelar ahli perniagaan, Zarina Zainuddin meninggal dunia setelah terjatuh di dalam bilik air pada pukul 10 pagi.
Adik Liana, Hisham Lee, 30, berkata, Liana atau nama sebenarnya, Norliana Sulaiman yang menderita penyakit batuk kering setahun lalu pulang ke rumah keluarganya dua minggu lalu untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

"Ketika berada di bilik air, Liana tiba-tiba menjerit meminta pertolongan."Saya dan ibu (Zahura Abd. Mutalib, 55), pergi ke bilik air dan mendapati Liana muntah darah dan dalam keadaan lemah," kata beliau ketika ditemui di sini semalam.Menurutnya, dia kemudian membantu Liana keluar dari bilik air dan menghubungi ambulans. Namun sebaik pegawai perubatan sampai, Liana telah meninggal dunia.

No comments:

Post a Comment

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI