Jan 20, 2010

Malaikat Maut Dengan Pemuda Soleh

Malaikat Maut telah memberi salam kepada seorang mukmin dan orang mukmin tersebutpun menjawab salamnya.Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku ada hajat hendak disampaikan, tetapi aku akan beritahumu dekat telingamu”Orang mukmin tersebut berkata : “Silakan, sebutkan hajatmu itu”Malaikat Maut berkata : “Sebenarnya aku adalah malaikat maut”Orang mukmin tersebut berkata : “Selamat datang, sudah sekelian lama baru kamu datang kepadaku. Demi Allah ! tidak ada di bumi ini tempat jauh yang hendak aku pergi, melainkan aku hendak berjumpa kamu”Malaikat Maut berkata : “Kalau kamu ada hajat, sila tunaikan dulu”Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Aku tidak mempunyai apa-apa hajat yang lebih besar selain cintaku kepada Allah dan aku hendak bertemu denganNya”.Malaikat Maut berkata : “Pilihlah cara bagaimana engkau kehendaki aku mengambil nyawamu”Orang mukmin tersebut berkata : “Sanggupkah engkau melaksanakan kehendakku ?”Malaikat Maut berkata : “Ya, aku sanggup, katakan saja sebab memang aku diperintahkan begitu”Orang mukmin tersebut berkata : “Wahai malaikat maut ! Tinggallah aku sebentar kerana aku hendak berwuduk dan solat, ambillah nyawaku ketika aku sujud”Akhirnya malaikat maut mengambil nyawa orang mukmin tadi ketika beliau sedang sujud mengadap Allah SWT.

No comments:

Post a Comment

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI