Jan 20, 2010

Petronas Keluarkan Pelincir Penuhi Keperluan Proton


SYED ZAINAL ABIDIN (kiri) dan Bellazzini bertukar dokumen perjanjian membabitkan Proton serta Petronas di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Proton Holdings Bhd. menyasarkan untuk meningkatkan perniagaan minyak pelincir sehingga dua juta liter dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang susulan kerjasamanya dengan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).
Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata, pendapatan daripada perniagaan pelincirnya masih tidak ketara.
"Kami harus meningkatkan jualan dan perkhidmatan di pasaran tempatan. Dengan (sokongan) Petronas, peratusan itu akan meningkat," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani perjanjian di antara Proton dan Petronas Lubricants International Sdn. Bhd. (PLI) di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI