Jan 26, 2010

VIDEO HINA ALMARHUM SULTAN JOHOR TERSEBAR

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Seorang wartawan radio membuat laporan polis meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan berhubung klip video dalam "Youtube" yang memaparkan penghinaan terhadap Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Laporan itu dibuat oleh Ibnu Khusairi Ibnu Aris, wartawan Radio Bernama 24 di Balai Polis Hulu Kelang, dekat sini kira-kira pukul 11.30 malam Isnin.

Dalam laporan itu, katanya beliau melihat klip video bertajuk "Sultan Johor Remix" ketika berada di rumahnya di Keramat di sini kira-kira pukul 1.30 petang Sabtu lepas.

"(Saya) Tertonton satu video klip yang papar Almarhum semasa hayatnya berada dalam majlis perasmian Wilayah Pembangunan Iskandar dan suara Almarhum telah dialih suara kepada satu suara yang tidak dikenali."

"Suara itu telah mengeluarkan kata-kata yang tidak sopan seolah-olah Almarhum yang bercakap begitu," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Ibnu Khushairi berkata laporan dibuat kerana rasa tanggungjawab sebagai rakyat dan mahukan video yang bertarikh 5 Nov 2009 itu dihentikan segera bagi mengelakkan perkara yang tidak sepatutnya berlaku.

Sementara itu jurucakap Balai Polis Hulu Kelang ketika dihubungi mengesahkan telah menerima laporan itu dan siasatan akan dijalankan segera bagi mencari dalang di sebalik paparan video klip itu.

3 comments:

  1. betul ke cam tu... saya cari kat youtube tak ada pun.. kalau dapat tu pancung je...

    terima kasih sebab jadi sahabat saya... jangan lupa join contest yang saya buat tu... kalau buat gaya ultraman pun ok gak...

    ReplyDelete
  2. kalo tak suka pon, jgn la smpai wt video gitu..iskh..apa kah nih...

    ReplyDelete

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI