Jan 20, 2010

Wenger intai peluang pintas Chelsea, United
















LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menganggap anak-anak buahnya berpeluang cerah merampas takhta Liga Perdana England seandainya berjaya menewaskan Bolton Wande- rers di Emirates awal pagi esok. Arsenal membenam Bolton 2-0 di Stadium Reebok, Ahad lalu dan jika mereka berjaya mengulangi keputusan yang sama, ia sudah cukup buat skuad The Gunners itu berada di puncak liga. Ketika ini, Chelsea kekal mengungguli carta liga dengan mengumpul 48 mata diikuti Manchester United (47) dan Arsenal (45). Selepas kekalahan 0-3 kepada Chelsea pada November lepas, Arsenal ketinggalan 11 mata di belakang skuad The Blues itu. Namun, jika mereka berjaya mencipta kemenangan awal pagi esok, ia sekali gus membuka peluang kepada anak-anak buah Wenger untuk memintas Chelsea dan juga United. Ketika Chelsea dan United mensia-siakan peluang untuk memperoleh mata penuh pada aksi yang dijangka memihak kepada mereka, Arsenal pula dilihat tidak mahu mensia-siakan peluang yang ada untuk muncul pendahulu liga. "Ini adalah berkaitan dengan psikologi dan bukannya berdasarkan perkiraan matematik kerana kami telah berpeluang menjadi pendahulu liga dan kami mesti memberi tumpuan sepenuhnya untuk merealisasikan sasaran itu. "Pada aksi permulaan liga, kami tidak memiliki keyakinan untuk berada di mana kami berada sekarang. "Bagaimanapun, kami kini sudah berada pada tahap yang kami mahukan dan kami mahu terus berada di depan," kata Wenger. - AFP

No comments:

Post a Comment

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI