Feb 22, 2010

ISU KALIMAH ALLAH

Dunia kelam kabut. Demo merata tempat di semua negeri. Bakar gereja, bakar surau dijadikan alat provokasi. Tetapi di dada langit kalimah Allah tertera jelas buat mereka yang berfikir. Apa lagi yang kita bingungkan ? Muhasabahkan diri, tentu ada sesuatu yang wajar ditafsir dari kejadian ini. Subhanallah. Maha Suci Engkau Yang Maha Berkuasa, Ya Allah..!

 Marilah sama-sama kita muhasabah diri masing-masing..Allahuakbar!!!

Feb 13, 2010

Peminat serbu beli pakaian - Selepas pereka fesyen terkenal Britain bunuh diri


BEBERAPA orang mengusung mayat McQueen diusung (gambar kecil) ke dalam sebuah kenderaan di depan rumahnya di tengah London semalam.

 LONDON - Peminat-peminat fesyen bergegas membeli pakaian dan aksesori pereka fesyen terkenal Britain, Alexander McQueen sebagai cenderamata semalam, kata pihak penjual.
Kematian McQueen yang mengejutkan itu disebabkan oleh tindakannya yang membunuh diri kelmarin semasa berumur 40 tahun menyebabkan Minggu Fesyen New York menjadi suram.
Pereka terkenal itu membunuh diri di rumahnya di london selepas ibunya meninggal dunia pada minggu lalu.
Menurut laporan media, kematiannya itu berlaku sehari sebelum pengebumian ibunya.
Seorang editor majalah Vogue di Amerika Syarikat (AS), Anna Wintour berkata, McQueen merupakan pereka yang paling berbakat di kalangan generasinya.
Berita kematian McQueen mencetuskan kejutan pada Minggu Fesyen New York 20120.
SEORANg wanita membaca plak di tingkap kedai McQueen di New Yok kelmarin.


Pereka itu tidak mengambil bahagian dalam minggu fesyen itu.
"Ia merupakan berita yang dahsyat," kata Ketua Majlis Pereka Fesyen Amerika, Diane von Furstenberg.
Sementara itu, peniaga-peniaga melaporkan ramai peminat membeli pakaian rekaan McQueen.
"Sejurus selepas berita kematiannya tersebar, semua stok McQueen mulai habis di rak.
"Pada awalnya, tandatangan yang dicetak pada skaf merupakan barangan paling popular," kata pihak pengurusan sebuah kedai di London.
"Namun, kami kini mendapati terdapat peningkatan dalam barangan fesyen seperti pakaian," tembahnya.
McQueen merupakan pereka untuk jenama Givenchy dan pengarah kreatif untuk labelnya sendiri yang kemudian dibeli oleh Gucci.
Legenda fesyen Jerman, Karl Lagerfeld merupakan antara tokoh terawal yang memberi penghormatan kepadanya.
Menurut laporan media, ibu McQueen, Joyce meninggal dunia pada 2 Februari lalu dan dalam satu komen yang disiarkan di laman Twitter pada Ahad lepas dia menulis mesej mengenai minggu kehidupannya yang dahsyat

LAGI SKANDAL PEMAIN CHELSEA


ASHLEY COLE



LONDON - Pemain bola sepak pasukan England, Ashley Cole menjadi bintang terbaru yang terlibat dalam skandal seks selepas gambar bogelnya didakwa dihantar kepada seorang model, lapor sebuah akhbar semalam.
Model itu, Sonia Wild, 28, dikatakan telah menerima gambar-gambar mengghairahkan Ashley yang merupakan pemain kelab bola sepak Chelsea bersama sejumlah mesej 'panas'.
Episod itu memalukan pasukan England selepas John Terry dilucutkan jawatan kapten England ekoran skandalnya dengan bekas kekasih rakannya di kelab Chelsea, Wayne Bridge iaitu Vanessa Perroncel.
Pada malam kelmarin, Ashley yang berkahwin dengan hakim program realiti nyanyian X Factor, Cheryl Cole mengaku merakamkan gambar bogelnya semasa tinggal di sebuah hotel bersama anggota-anggota pasukan England.
Namun, Ashley yang ketika ini mengalami kecederaan di bahagian buku lali menafikan menghantar gambar kepada Sonia.
Menurut pemain itu, dia cuma bergurau dan terlupa untuk memadamkan imej tersebut.
Ashley berkata, dia telah memberikan telefon itu kepada seorang rakan rapatnya, Jay Wynters.
Namun, Wynters memberikan telefon itu kepada seorang lagi rakannya.
Pada malam kelmarin, Ashley yang mendapat pendapatan £82,000 (RM438,079) seminggu menjelaskan situasi yang sebenarnya kepada isterinya.
Salah satu imej itu menunjukkan Ashley tidak memakai baju.
Bagaimanapun, Sonia yang merupakan ibu dua anak dari Hull menyatakan pada mulanya dia seolah-olah seperti tidak percaya menerima mesej daripada Ashley.
"Saya mengenalinya berdasarkan gambar yang saya telah lihat dia bersama isterinya," kata Sonia.
Mesej 'panas' itu dihantar selama lebih sebulan dan model itu mendakwa Ashley merayu untuk menemuinya di Amerika tetapi permintaan tersebut ditolak.
"Saya tidak mengetahui sama ada penghantar mesej itu bukannya Ashley," katanya.
Pada 2008, rumah tangga Ashley dengan isterinya bergolak selepas seorang pendandan rambut, Aimee Walton mendakwa dia tidur bersama bintang bola sepak itu selama satu malam.
Menghantar imej yang tidak sopan menerusi telefon merupakan satu kesalahan dengan hukuman penjara enam bulan atau denda £5,000 (RM26,714) boleh dikenakan terhadap pesalah.

ARSENAL TAK BOLEH SILAP LANGKAH


ARSHAVIN tetap percaya Arsenal berpeluang muncul juara liga musim ini.



LONDON - Arsenal perlu menamatkan saingan musim ini dengan sempurna jika berhasrat memenangi gelaran Liga Perdana England buat kali pertama sejak 2004.
Setelah 26 perlawanan liga telah berlangsung, Chelsea masih kekal mendahului dengan mengumpul 58 mata diikuti Manchester United (57) dan Arsenal (52).
Begitupun, perancang Arsenal, Andrei Arshavin berkata: "Sekiranya kami mahu menjadi juara, kami kena menang kesemua baki 12 perla- wanan yang tinggal.
"Sukar untuk katakan sama ada ia boleh dilakukan atau tidak tetapi ia masih realistik.
"Saya gembira dengan permainan kami ketika menentang Liverpool, Rabu lalu. Kesemua pemain telah bekerjasama dengan baik," jelasnya.


Arshavin mengalami kecederaan di bahagian kaki ketika membantu Arsenal menang 1-0 ke atas Liverpool dalam saingan Liga Perdana England di Emirates, Rabu lalu.
"Sukar dipastikan betapa seriusnya kecederaan ini. Saya akan buat imbasan nanti," katanya.
Peluang Arsenal merangkul kejuaraan liga mula terjejas selepas kalah 0-3 kepada Chelsea di Emirates pada November lalu sehingga menyebabkan mereka ketinggalan 11 mata di belakang pendahulu liga itu.
Sejak itu, Arsenal mula bangkit sebelum mengalami kekalahan kepada United dan Chelsea minggu lepas, sekali gus menyaksikan mereka ketinggalan sembilan mata di belakang Chelsea.
Namun, kini jurang itu dirapatkan kepada enam mata selepas kejayaan menewaskan Liverpool.

SIAPA PENJAGA GOL No. 1 BELANDA?


STEKELENBURG dianggap penjaga gol paling sesuai menggantikan tempat van der Sar suatu hari nanti.



SETAHUN sebelum bermulanya Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Belanda mungkin muncul pasukan pertama dari Eropah yang berjaya mengesahkan tiket ke pusingan akhir kejohanan bola sepak terhebat di muka bumi itu.
Mereka telah mempamerkan prestasi cemerlang apabila mencatat rekod bersih dalam lapan perlawanan peringkat kelayakan, satu pencapaian terbaik bagi sebuah negara yang tidak pernah memenangi Piala Dunia.
Walaupun hampir memenanginya pada 1974 dan 1978, juara Euro 1998 itu tetap dianggap antara pasukan pilihan apabila turun beraksi di Afrika Selatan tahun ini.
Begitupun, sebelum The Oranje layak ke Afrika Selatan, ada satu masalah yang memeningkan jurulatihnya, Bert van Mar- wijk, iaitu siapa penjaga gol paling layak selepas Edwin van der Sar?
Sejak membuat penampilan sulung pada 1995, van der Sar terus menjadi penjaga gol utama skuad kebangsaan Belanda dan telah beraksi sebanyak 130 kali.
Begitupun, penjaga gol Manchester United berusia 39 tahun itu bersara selepas Euro 2008, sekali gus membuka peluang kepada penjaga gol Ajax Amsterdam, Maarten Stekelenburg menggantikannya.
Selepas beberapa tahun, Steke- lenburg yang dianggap sebagai pengganti sesuai kepada van der Sar selepas Euro 2008.
Sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia pada 2008 dan 2009 selepas itu, Stekelenburg mula memegang peranan penting sebagai pemain terakhir yang menjaga gawang Belanda.
VAN DER SAR telah menyarung jersi Belanda sejak tahun 2005. Dia masih mendapat kepercayaan untuk menggalas cabaran negaranya pada kempen Piala Dunia 2010.


Begitupun, dia berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, sehinggalah mengalami kecederaan bahu yang memaksanya terlepas aksi menentang Iceland dan Norway.
Ekoran kecederaan yang menimpa sehingga memaksa Steke- lenburg berehat sehingga Januari 2010, van Marwijk tiada pili- han selain menurunkan Henk Timmer, 37, penjaga gol ketiga yang berusia 37 tahun bagi mengisi tempatnya.
Begitupun, persembahan penjaga gol Feyernoord itu tidak me- yakinkan van Marwijk dan dia kemudian digantikan oleh penjaga gol muda dari FC Utrecht, Michel Vorm.
Stekelenburg bagaimanapun pulih lebih awal dan terus dipanggil ke dalam skuad Belanda bagi aksi persahabatan menentang Tunisia.
Namun, kesilapanya ketika melepaskan bola di celah kaki- nya pada pertemuan itu terus menghantui reputasinya sebagai penjaga gol utama Belanda.
Nasibnya pada peringkat kelab juga tidak begitu baik. Ketika dia cedera, bekas penjaga gol bawah 21 Belanda, Kenneth Vermeer beraksi cemerlang menggantikannya.

Malah, selepas pulih dan turun beraksi semula, Stekelenburg gagal menyumbang kemenangan apabila mereka hanya mengutip satu mata sahaja dari- pada empat perlawanan, sekali gus memaksa jurulatih Ajax, Marco van Basten lebih menurunkan Vermeer dan meletakkan Stekelenburg di bangku simpanan.
Biarpun peluangnya semakin tipis di Ajax, Stekelenburg masih lagi penjaga gol No. 1 Belanda.
Van Marwijk masih percaya terhadap kemampuannya dan dengan hanya satu kesilapan kecil dalam 15 penampilan antara- bangsa, dia masih diberi peluang.
Tanpa sebarang persediaan dan peluang yang mencukupi, amat berisiko untuk menurunkan Stekelenburg yang jarang beraksi, namun dia membuktikan bahawa dirinya memang wajar digelar penjaga gol No. 1 Be- landa.
Selepas van Basten meletak jawatan sebagai jurulatih Ajax, masa depan Stekelenburg kembali cerah di bawah kendalian jurulatih baru, Martin Jol.
Di bawah jurulatih itu, Steke- lenburg cuba melupakan kesila- pan silamnya dan berusaha menjadi seorang penjaga gol yang lebih baik.
Prestasinya bersama Ajax juga semakin cemerlang dan sekali gus meyakinkan Bert van Mar- wijk menurunkannya sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia tahun lepas.
Walaupun Belanda dilihat seakan-akan kehilangan bintang baru bagi posisi penjaga gol sele- pas Jan van Beveren, Piet Schrij- vers, Hans van Breukelen dan van der Sar, namun Stekelen- burg tetap dianggap sebagai penjaga gol yang mampu menghalang gawang The Oranje dari- pada ditembusi pada kempen di Afrika Selatan nanti.

ZARINA ANJOULIE ENGGAN JALANI UJIAN AIR KENCING


ZARINA (kiri) enggan menjalani ujian air kencing ketika ditahan di LCCT.
 
SEPANG – Pelakon Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul, 24, enggan menjalani ujian saringan air kencing apabila diarah berbuat demikian selepas ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini malam tadi.
Dia ditahan dalam operasi selama tiga jam bermula pukul 8 malam oleh sepasukan pegawai Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Selangor dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan.
Turut ditahan seorang lagi rakannya yang berusia 24 tahun.
Penolong Pengarah ADDK Sepang, Nani Sikin berkata, ekoran keengganan itu, kedua-dua mereka ditahan untuk membantu siasatan.
“Mereka dibawa ke pejabat AADK Sepang untuk tujuan menjalani ujian saringan air kencing,” katanya kepada pemberita selepas operasi itu.

Feb 5, 2010

ENJIN HILANG, KINI MAKLUMAT PULA BOCOR

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan kerapuhan sistem keselamatan agensi Pertahanan Negara mutakhir ini kerana sebelum kes kehilangan enjin pesawat F5E selesai, kini timbul pula isu kebocoran maklumat sulit Angkatan Tentera Malaysia.

Angkatan Tentera sepatutnya menjadi contoh dan penanda aras kepada sistem keselamatan agensi pertahanan lain, namun insiden terbaru ini menimbulkan kebimbangan dihati rakyat kerana negara ini boleh dianggap tidak selamat. Apa sahaja kekuatan dan kelematan sistem pertahanan yang ada dalam negara ini begitu senang diketahui musuh.

Intergriti anggota keselamatan negara bakal menjadi pertikaian jika ianya gagal ditangani segera. PAS yakin, insiden pembocoran maklumat ini melibatkan pegawai-pegawai kanan berpangkat tinggi kerana dari segi amalan kerahsiaan dalam organisasi Kerajaan dan Pertahanan, hanya mereka yang yang berpangkat tinggi sahaja mempunyai akses terhadap maklumat bertaraf sulit, rahsia dan rahsia besar.

PAS berharap agar agensi Keselamatan Negara membuat kajian semula tentang tahap keselamatan yang ada. Rakyat memerlukan satu jaminan yang kondusif terhadap tahap keselamatan negara.

Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan dinegara maju seperti Jepun pasti akan meletakan jawatan jika perkara sebegini berlaku, adakah Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Malaysia perlu dibiarkan sahaja sedangkan ini adalah insiden kedua yang melibatkan kecuaian yang besar dibawah pentadbiran mereka.

PAS mahu Kerajaan mendakwa dan memberikan hukuman yang berat kepada pengkhianat negara yang terlibat dalam kes ini.

Ustaz Idris Ahmad,
Ketua Penerangan PAS Pusat.

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net. Harakahdaily.net tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

BATIK 1 MALAYSIA: UNTUK SIAPA?

Sekumpulan model dilaporkan memperaga baju batik 1 Malaysia kepada Najib di pejabatnya. Najib pula bersetuju dengan beberapa corak batik yang diperagakan itu.

Penting sangatkah baju batik 1 Malaysia ini sehingga perlu diperagakan di hadapan Najib di pejabatnya?

Sekumpulan model perlu datang ke pejabat PM dan berbaju batik 1 Malaysia untuk dipilih oleh Najib. Najib pula bersedia meluangkan masanya untuk ‘menjadi’ hakim memilih baju batik 1 Malaysia yang hatinya berkenan.

Bahasa mudahnya, Najib jadi hakim ‘pertunjukan fesyen’. Tentu lebih menarik kalau Najib bawa kamera sekali ketika itu dan di sisinya pula ada Rosmah. Pertunjukan fesyen itu tentu lebih meriah.

Ketika harga barangan keperluan melambung, ketika ibu bapa dibebankan dengan bayaran yuran persekolahan (kelmarin anak saya minta RM50 untuk bayar yuran sekolah rendah), ketika ramai lepasan pusat pengajian tinggi tidak punya pekerjaan, Najib masih ada masa untuk menjadi hakim pertunjukan fesyen di pejabatnya.

Kemudian, Najib bakal jadi orang pertama berbaju batik 1 Malaysia itu.

Terubatkah luka rakyat, terleraikah derita mereka dengan baju batik itu? Bermaknakah baju batik itu kepada rakyat miskin? Tersapukah air mata anak-anak terpinggir dengan kemeriahan warna baju batik itu?

Inilah pemimpin kita. Ketika rakyat terbanyak sedang bergelut dengan seribu kepahitan untuk meneruskan hidup, pemimpin mereka masih ada masa untuk tampil sebagai hakim ‘pertunjukan fesyen’.

Baju batik yang dipilih Najib itu dipilih untuk dirinya sendiri bukan untuk rakyat kerana dia bakal menjadi orang pertama menggayakannya.

Najib akan dapat baju batik yang terbaik. Dan, yakinlah baju batik 1 Malaysia terbaik untuk Najib adalah percuma. Ya, percuma kerana baju itu dibiayai dengan wang kerajaan. Dan, fahamilah wang kerajaan adalah wang kita.

Najib tentu bergaya dengan baju batik berwarna meriah itu. Dia pasti senyum meleret sambil diiring Rosmah. Mereka melambai-lambai kepada orang ramai dengan bangganya. Kemudian bersalam pula dengan orang ramai di kiri kanan jalan menyambut ketibaannya. Tangan Najib dan Rosmah dicium.

Tangan itu bukan berbau sekerap getah seperti tangan orang kampong, bukan berbau belacan Kuala Perlis yang diperbuat daripada udang kepal Kurung Tengar, tetapi tangan itu tentunya harum kerana diperciki YSL Paris.

Najib dengan mesra melambai-melambai kepada orang ramai. Baju batik 1 Malaysia Najib meliuk lintuk dibuai angin mengiringi lambaian tangannya.

Bau ketiaknya juga tidak tercium oleh orang sebelahnya kerana disapu deodorant berjenama Tanamera. Buatan mana pun entah, tapi yang pasti bukan buatan tempatan.

Rakyat yang terlihatnya melambai kembali. Baju T yang dipakai rakyat keras cekang, dibeli dikedai bundle. Orang sebelah berpaling muka kerana masam ketiaknya.

Najib bangga kerana orang membalas lambaiannya. Dia pun senyum mekar dan Rosmah pula bergesel bahu mesra dengannya.

Ya, Najib dan Rosmah berbangga kerana merekalah pemimpin negara 1 Malaysia. Ya, 1 Malaysia... ha... ha...ha...

* Tulisan di atas adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian Harakahdaily.net dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang implikasi daripada tulisan berkenaan.

KETUA PENOLONG PENGARAH SIASATAN JKSK BUKIT AMAN MAUT DALAM KEMALANGAN

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Ketua Penolong Pengarah Siasatan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, SAC II Mohd Hazam Abd Halim maut dalam kemalangan di KM 419.7 Lebuhraya Utara-Selatan menghala susur masuk Bukit Tagar, Hulu Selangor tengah malam tadi.

Dalam kejadian itu, kereta Proton Perdana yang dipandu pemandunya, Lans Koperal Asminton Salimin dipercayai terbabas dan melanggar belakang sebuah treler yang berhenti di lorong kecemasan akibat kerosakan.

Mohd Hazam, 50, ketika itu sedang dalam perjalanan pulang ke ibu negara dari Ipoh, selepas menghadiri mesyuarat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Perak.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Norel Azmi Affandi Yahya berkata Mohd Hazam yang duduk di kerusi penumpang hadapan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Pemandunya yang cedera parah dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan kini mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini Jumaat.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Datuk Nooryah Md Anvar yang dihubungi berkata jenazah Allahyarham dimandi dan dikapankan di Hospital Kuala Kubu Baru sebelum dibawa pulang ke kediamannya di Taman Tunku Jaafar, Seremban.

Jenazah akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat di Makam Haji Said, Taman Tunku Jaafar.

Sebelum ini, Mohd Hazam pernah menyandang jawatan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu.

Feb 4, 2010

BARCA MASIH ‘TEKAN’ ARSENAL

LONDON – Kelab gergasi Sepanyol, Barcelona terus memberi tekanan kepada Arsenal.
Terbaru, kelab Catalan itu dilaporkan bersedia membelanjakan £40 juta (RM218.65 juta) bagi mendapatkan khidmat kapten Arsenal, Cesc Febregas (gambar).
Presiden Barcelona, Alfons Godall berkata, perancang Arsenal itu akan menamatkan kariernya di Nou Camp.
“Cepat atau lambat, Febregas akan kembali semula ke sini (Barcelona).
“Kami adalah sebuah kelab yang berupaya mendapatkan mana-mana pemain pada bila-bila masa,” jelas Godall.
Sebelum ini, juara Eropah itu tidak menyembunyikan hasrat mereka untuk kembali mendapatkan khidmat Febregas yang meninggalkan kelab tersebut sejak berusia 16 tahun.
Selain Barcelona, satu lagi kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat Fabregas.

DESAKAN HERET NAJIB DAN ROSMAH BERGEMA DI MAHKAMAH

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Desakan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dipanggil untuk memberikan keterangan di mahkamah bergema di perkarangan mahkamah Jalan Duta di hari pertama Datuk Seri Anwar dibicarakan. Desakan ini dibuat oleh Anwar melalui permohonan sapinanya dan dilaungkan oleh para penyokong beliau yang memenuhi ruang perkarangan mahkamah itu.

Kedua-duanya didakwa menjadi dalang kepada dakwaan terhadap Anwar dan segala keterangan yang dibuat oleh bekas pegawai peribadi Anwar, Saiful Bukhari adalah dari mereka. Najib pada awalnya menafikan bertemu dengan Saiful namun kemudiannya mengaku Saiful datang bertemu beliau untuk mendapatkan biasiswa.

"Dalam mahkamah, Saiful berkata beliau bukanlah orang yang cerdik sebab itu dia tidak lulus dalam pelajaran di universiti dan akhirnya keluar. "Adakah ini orangnya yang hendak diberikan biasiswa oleh Najib.  Ini persoalan yang mesti diterangkan oleh Najib dan Rosmah di mahkamah," kata Samsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda PKR, di perkarangan mahkamah selepas perbicaraan hari pertama.

Dalam perbicaraan itu, Saiful yang dipanggil sebagai saksi pertama berkata, beliau berhenti dari menjadi pegawai Anwar kerana tidak tahan dipaksa melakukan seks luar tabii.

Pihak pendakwa pula memberitahu mahkamah pihaknya menemui air mani Anwar di luar dan dalam dubur Saiful. Sedang sebelum ini, doktor yang memeriksa Saiful menegaskan tidak terdapat sebarang tanda berlaku seks luar tabii itu.

"Kita akan membuat soal balas terhadap semua keterangan Saiful ini dan kita yakin akan menang," kata Anwar ketika mengulas keterangan Saiful itu. Bagi Anwar, keterangan Saiful itu tidak mengejutkan beliau dan sudah menjangkakannya. "Ini adalah tindakan Datuk Seri Najib untuk memburukkan nama saya...saya cabar dia dan isterinya memberikan keterangan di mahkamah tentang peranan mereka di belakang segala keterangan ini," kata Anwar.

ROYALTI KELANTAN: SIAPA BODOH?

KOTA BHARU, 3 Feb: Siapa yang diperbodoh atau menjadi bodoh dalam isu tuntutan royalti minyak di Kelantan sama ada mereka yang mengikut lunas undang-undang atau kumpulan melanggar peraturan.
Ini kesimpulan mudah bagi menjelaskan pendirian pengasas Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah apabila diperlekehkan pemimpin Umno setelah menjelaskan perkara sebenar di sebalik Akta Kemajuan Petroleum 1974.
Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, pemuda dan wanita Umno hendaklah menjelaskan siapa sebenarnya yang menjadi bodoh apabila menjelaskan perkara sebenar di sebalik undang-undang.
“Kemukakan bukti kalau betul kenyataan Ku Li di stadium baru-baru ini hanya untuk memperbodohkan rakyat.
“Jangan hanya mudah melatah sehingga mahu mendesak Ku Li letak jawatan, sedangkan apa yang diperkatakan perkara sebenar,” katanya ketika ditemui di sini.
Sebelum ini Ketua Pemuda Umno negeri, Anuar Safian mendesak Ku Li melepaskan jawatannya sebagai ahli parlimen BN ekoran berceramah isu royalti di Stadium Sultan Mohamad IV.
Anuar menyifatkan Ku Li memperbodohkan rakyat Kelantan kerana menjelas mengenai royalti minyak yang dituntut kerajaan negeri.
Selain itu Wanita dan Pemuda Umno Gua Musang juga dilaporkan kecewa dengan tindakan Ku Li menjelaskan perkara sebenarnya di sebalik tuntutan royalti.
Abdul Latif mencabar pemimpin Umno mengambil tindakan ke atas Ku Li kerana sanggup memperkatakan perkara sebenar dalam isu tuntutan royalti.
“Menghukum perbuatan yang baik bukan sahaja manusia yang marah, bahkan Tuhan sendiri akan melaknati perbuatan begitu,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Latif juga memberitahu Pemuda PAS tidak teragak-agak membuat laporan polis terhadap kenyataan pemimpin Umno yang mahu menukar royalti menjadi wang ihsan.
Baru-baru ini Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed memberitahu wang ihsan sebanyak RM20 juta akan dibayar melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan pada Mac depan.

BANTAHAN PRO-M DITOLAK, PRO-ASPIRASI KEKAL MENANG DI UKM

KUALA LUMPUR,3 Feb: Bantahan Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) terhadap penyelewengan yang berlaku dalam proses pilihanraya kampus (PRK) kampus tersebut minggu lalu ditolak dan keputusan tetap berpihak kepada Pro-Aspirasi.
Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM menolak semua bantahan yang dibuat Pro-M dengan alasan ianya tidak dibuat sewaktu hari pembuangan undi.

Gabungan Mahasiswa UKM (GMUKM) khususnya Pro-M amat kesal dengan alasan yang diberikan itu kerana semua bantahan telah dibuat sewaktu hari pembuangan hari namun tidak dilayan oleh pihak jawatankuasa.

Seorang jurucakap Pro-M UKM berkata, alasan yang diberikan itu sangat tidak munasabah kerana pihaknya telah membuat bantahan kepada pengetua kolej kediaman yang bertindak sebagai ketua pusat undi setelah mengesan berlakunya kesalahan sewaktu tempoh pembuangan dan pengiraan undi.

"Semua bantahan ditolak atas satu alasan sahaja. Mereka tanya kenapa kita tak buat bantahan sewaktu hari pembuangan undi sedangkan bertimbun-timbun kita buat bantahan tapi tidak diterima. Tiba-tiba mereka cakap bantahan ditolak sebab tidak buat bantahan semasa hari pembuangan undi,"katanya ketika dihubungi Harakahdaily pagi tadi.

Petang semalam, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik (TNC HEPA) Profesor Datuk Dr. Mohamad Abdul Razak mengeluarkan satu surat rasmi menyatakan bantahan GMUKM ditolak dan Aspirasi kekal memenangi 20 kerusi manakala Pro-M 15 kerusi daripada 35 kerusi yang dipertandingkan.

Bantahan berhubung undi bagi Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina  yang dikira di kolej kediaman tidak sama dengan yang diumumkan di pusat penjumlahan undi juga ditolak.

Rentetan penolakan bantahan itu, Pro-M UKM akan berkabung bagi menunjukkan 'silent protest' terhadap keputusan tersebut bermula hari ini sehingga hujung minggu ini.

"Kami akan berkabung untuk menunjukkan 'silent protest' kami di hadapan bangunan canselori mulai hari ini sehingga hujung minggu ini.

"Kami sangat kecewa dengan keputusan yang tidak adil ini sedangkan segala bukti penyelewengan kami sudah tunjukkan,"katanya.

Sebelum ini, usaha Pro-M untuk bertemu dengan Dr. Mohamad dan mengadakan sesi dialog dengan pengetua-pengetua kolej kediaman bagi mendapatkan penjelasan berhunung perjalanan PRK yang tidak telus juga gagal.

MAHASISWA PERLU BANGKIT MELAWAN PENYELEWENGAN

Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN) yang dianggotai oleh 92 mahasiswa yang dipilih dalam pilihanraya kampus tahun lalu, menyelar tindakan pihak Universiti yang menafikan hak mahasiswa dalam sistem demokrasi di negara ini.

MPMN ingin menyatakan dengan tegas bahawa Pilihanraya kampus (PRK) pada tahun ini jelas mempunyai banyak kepincangan dan kelompangan akibat penyalahgunaan kuasa oleh pihak-pihak tertentu. Pilihanraya Kampus yang sepatutnya mendidik mahasiswa erti demokrasi, telah bertukar menjadi medan meragut hak mahasiswa terutamanya dalam soal berpolitik dan berorganisasi melalui Majlis Perwakilan Mahasiswa ini.

2. Kemenangan Pro Aspirasi secara mengejut di Universiti Malaya dan seterusnya mengekalkan penguasaan di kampus-kampus besar seperti UKM, UTM, USM, UPSI, dan lain-lain (Kecuali Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), adalah sesuatu yang sukar diterima. Hal ini kerana kemenangan Aspirasi diperolehi dalam keadaan wujudnya ketempangan nyata dalam Pilihanraya Kampus tersebut.

3. Bagi Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional (MPMN), melihat pilihanraya kampus tidak ubah seperti gelanggang politik murahan pihak bukan mahasiswa yang inginkan kemenangan Aspirasi. Ini tidak lain dan tidak bukan demi kemandirian parti politik terbabit dalam pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

4. Terdapat bukti-bukti jelas dan nyata penyertaan UMNO dalam pilihanraya kampus dan ini dapat dilihat dalam kes pemberian bajet PRK oleh UMNO Johor kepada jentera Aspirasi Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) , sebanyak RM 20,000. Surat yang bertarikh 4 Januari 2010 ini telah ditandatangani oleh Pengerusi Perhubungan Umno Johor, Tan Sri Abdul Ghani Othman dan diberikan kepada Naib Canselor  UTHM sendiri, Profesor Dato’ Mohd. Noh Dalimin. Ini bukti jelas keterlibatan UMNO dalam PRK pada kali ini. Sekiranya ini adalah fitnah dan juga rekaan semata-mata, MPMN mencabar pihak UMNO dan TNC UTHM untuk membuat penafian terbuka berkaitan perkara ini.

5. Juga ketempangan dalam perjalanan PRK itu sendiri seperti isu kecacatan e-voting yang menyebabkan berlakunya server down atau ganguan teknikal selama tiga jam di Pusat Mengundi kolej Ke-3, Universiti Malaya. Juga isu pembinaan pondok panas pihak pentadbiran UKM yang jelas menjadi serampang dua mata mereka untuk merayu mahasiswa mengundi Aspirasi serta isu pengumuman undian di Pusat Penjumlahan Undi bagi Fakulti Kejuteraan dan Alam Bina Tahun 3 yang tidak selari dengan pengumuman di tempat kira undi di kolej-kolej kediaman.

6. MPMN seterusnya mendesak semua pihak sama ada Pro Mahasiswa ataupun Aspirasi, yang menjadi mangsa pencabulan peraturan PRK oleh pihak Universiti, untuk membuat laporan perbuatan yang tidak sah (unlawful) itu kepada pihak yang sepatutnya seperti termaktub dalam buku peraturan perjalanan PRK di kampus-kampus masing. Sekiranya ia tidak berjaya dan pihak tersebut menafikan keadilan yang sepatutnya diberikan, maka mereka yang dinafikan haknya ini boleh menggunakan altenatif lain seperti mengadakan sidang media dan mendedahkan ketempangan yang berlaku. Juga boleh membuat laporan polis dan memohon kepada Mahkamah Tinggi agar mengeluarkan satu perintah deklarasi bahawa PRK yang dijalankan adalah tidak sah dan terbatal mengikut undang-undang yang digubal universiti serta bercanggahan dengan konsep keadilan asasi (nature of law). Walaupun tindakan ini akan dikatakan sebagai tidak mustahak dan membazirkan masa, tetapi ianya adalah penting kerana pihak yang melakukan kezaliman perlu diadili mengikut pentadbiran keadilan di Negara ini.

7. MPMN juga turut kesal dengan sikap Universiti Putra Malaysia (UPM) pada 28 januari lalu yang telah membatalkan kemenangan 7 calon Pro Mahasiswa atas tuduhan berkempen secara berkumpulan dalam laman sosial Facebook. Bagi MPMN, tindakan pihak UPM jelas satu tindakan zalim dan menyalahgunakan kuasa kerana mereka tidak memanggil ketujuh-tujuh mahasiswa itu untuk membela diri. Jelas satu tindakan yang berat sebelah kerana mahasiswa terbabit dinafikan hak untuk membela diri (right to be heard). Tiada perbicaraan diadakan dan hukuman dijatuhkan berdasarkan anggapan semata-mata, bukannya hujahan undang-undang yang benar.

8. Maka MPMN mendesak ketujuh-tujuh mahasiswa terbabit untuk menfailkan kes mereka di mahkamah dan membuat semakan kehakiman terhadap tindakan UPM ini. Walaupun ia dilihat satu perkara kecil dan tidak perlu dibawa ke mahkamah, tetapi ia sebenarnya adalah satu pencabulan hak asasi. Sedangkan orang yang mengalami kemalangan kecil akan membawa tuntutan mereka ke mahkamah, inikan pula warganegara Malaysia yang bergelar mahasiswa, yang dizalimi dan dinafikan hak asasinya oleh pihak universiti yang mengamalkan undang-undang rimba (the laws of jungle) ini.

9. Selanjutnya, MPMN turut kesal dengan sikap Menteri bertanggungjawab, Dato’ Seri Khaled Nordin  yang bersikap angkuh dan diktator kerana menempelak mahasiswa yang menuntut demokrasi tulen dilaksanakan di kampus-kampus. Kenyataan Menteri terbabit yang meminta pihak Universiti tidak melayan tuntutan mahasiswa yang dizalimi, jelas satu sikap pemimpin kuku besi dan tidak layak menjaga kementrian yang dipenuhi oleh cendiakawan-cendiakawan dan mahasiswa yang merupakan pelapis kepimpinan masyarakat. Justeru, MPMN mendesak Khaled Nordin meletak jawatan secara terhormat dan digantikan dengan Timbalan beliau, Dato’ Saifuddin Abdullah yang lebih terbuka dan pro demokrasi. Perlantikan Dato’ Saifuddin Abdullah dilihat akan ‘menyegarkan’ kembali dunia pengajian tinggi dan seterusnya membenihkan kembali demokrasi buat para mahasiswa itu sendiri.

10. Akhirnya, MPMN ingin melihat agar medan kampus dijadikan batu loncatan untuk melahairkan pemimpin masyarat yang benar-benar dapat memacu negara ini ke arah yang lebih berjaya berbanding hari ini. Melalui PRK inilah, maka pembinaan negara bangsa yang berjaya dapat direalisasikan. Jangan biarkan mahasiswa menjadi anti demokrasi, sekiranya kezaliman dan penyalahgunaan kuasa terus dilakukan oleh pihak berkuasa Universiti.  Mahasiswa Malaysia sebenarnya tidak teragak-agak untuk mencontohi mahasiswa Indonesia dan Thailand, sekiranya mahasiswa terus diasak dengan kezaliman bertubi-tubi oleh pihak yang memerintah. Demontrasi jalanan, adalah merupakan pilihan terakhir mahasiswa bagi membetulkan kepincangan yang berlaku dalam sistem demokrasi di negara ini.

Yang benar,

HISYAMUDDIN CHE ALI
TIMBALAN PENGERUSI MPMN/
MANTAN AHLI MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR UKM

PELAJAR TAHUN AKHIR FAKULTI UNDANG-UNDANG UKM
SESI 2009-2010.

KES LIWAT: ANWAR FAIL 'SEMAKAN KEHAKIMAN' KEDUA

KUALA LUMPUR, 3 Feb: Ketika perbicaaan kes liwat berlangsung, pasukan peguam bela bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair 3.15 petang tadi menmfailkan satu lagi permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 1 Disember lalu.
Semakan kehakiman tersebut merujuk pada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar untuk membatalkan kes liwat berasaskan pada pada laporan perubatan yang jelas menunjukkan tidak ada spesimen Anwar di dalam dubur saksi utama, Saiful Bukhari Azlan.
Inisiatif tersebut merupakan yang ke dua, selepas pasukan peguam bela Anwar membuat suatu permohonan semakan kehakiman di Istana Keadilan, Putrajaya pagi tadi – iaitu berhubung keputusan Hakim Zabidin menolak permohonan Anwar mendapatkan beberapa bahan bukti dan material penting seperti DNA Saiful, rakaman CCTV, nota doktor, senarai saksi utama daripada pasukan pendakwaraya.
Memberitahu wartawan di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kemudiannya, Sankara Nair berkata, pasukan peguam bela Anwar sedang fokus menunggu kedua-dua keputusan semakan kehakiman tersebut, yang dianggap penting untuk anak guamannya.
Media dihalang buat liputan
Sebelum pada itu, Anwar bersama-sama keluarganya disambut dengan laungan reformasi di anjung bantahan, di sini sekitar jam 2.30 petang tadi.
Turut kelihatan Ketua Strategi PKR Tian Chua dan bekas Pengerusi Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi (Gerak) Mohd Nazri Mohd Yunus, yang baru menyertai PKR memimpin gerakan reformasi di luar kompleks mahkamah.
Dalam pada itu, pihak polis dilihat begitu agresif menghalang jurukamera dan wartawan dari membuat liputan terhadap rakyat yang menyokong Anwar.
Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin yang temui Harakahdaily berkata, tindakan agresif tersebut mungkin disebabkan kebanyakan media massa melaporkan Anwar berniat untuk sapina Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor; yang menurut dakwaan Anwar, mereka terbabit mendalangi konspirasi mengfitnahnya bersama Saiful.
Badrul yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR mendakwa, tindakan agresif polis tersebut mungkin disebabkan tidak mahu laporan lanjut berkaitan Anwar sapina Najib dan Rosmah dari diketahui oleh rakyat melalui media-media baru.
“Reformasi 1998 dulu banyak mengajar Polis tentang media, mungkin polis takut rakyat disedarkan dengan berita-berita lanjut berhubung niat Anwar sapina dua individu penting negara (Najib dan Rosmah),” jelas Barul Hisham.
Melihat aksi polis menghalang media dari mengambil gambar rakyat yang menyokong Anwar, Badrul mendakwa polis seolah-olah cuba bersengkongkol dengan kerajaan demi membendung kesedaran rakyat seperti era Reformasi 1998 dahulu.
Dalam perbicaraan petang ini, antara perkara yang ditanya kepada saksi utama, Saiful ialah berhubung pengajiannya dan bagaimana dia diambil sebagai pembantu peribadi Anwar.
Menjelaskan perkara itu di kandang saksi, dia mengakui gagal dalam pengajian di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) tetapi diberi peluang oleh Anwar untuk menjadi pembantu peribadi.
Dia juga memberitahu, Anwar mengarahnya memasuki pejabat untuk melakukan sesuatu dan Anwar memeluknya dari belakang lalu memasukkan sesuatu ke dalam duburnya.
Perbicaraan yang berakhir kira-kira jam 5.00 petang ini disambung pada jam 9.00 pagi esok.

HADIS RASULLULLAH S.A.W

"DUNIA INI IBARAT PENJARA KEPADA ORANG-ORANG MUKMIN, DAN SYURGA BAGI ORANG-ORANG KHAFIR"..petikan daripada hadis Rasullullah S.A.W

Feb 3, 2010

PERBICARAAN CONCORDE BERMULA


GAMBAR bertarikh 25 Julai 2000 menunjukkan pesawat
Concorde milik Air France berlepas dengan ekornya terbakar
di lapangan Terbang Charles de Gaulle, Paris.

PONTOISE - Hampir sepuluh tahun selepas pesawat supersonik Concorde milik Air France terhempas dan membunuh 113 orang sekali gus menyebabkan perkhidmatannya dihentikan, sebuah mahkamah Perancis mula bersidang bagi mencari jawapan berhubung persoalan siapakah yang perlu dipersalahkan?
Perbicaraan itu berlangsung di sini, utara Paris semalam dan mungkin memakan masa sehingga empat bulan.Pada 25 Julai 2000, jet komersial itu menjunam dan merempuh sebuah hotel beberapa minit selepas berlepas dengan ekor yang terbakar di Lapangan Terbang Charles de Gaulle.
Pihak pendakwaan menamakan Continental Airlines iaitu syarikat penerbangan yang beribu pejabat di Houston, Amerika Syarikat (AS) dan dua pekerjanya sebagai antara lima defendan yang didakwa kerana menyebabkan kematian berhubung nahas Concorde.

GAMBAR fail menunjukkan lokasi nahas pesawat Concorde milik Air France merempuh sebuah hotel di Gonesse, Paris pada 25 Julai 2000.
Mekanik Continental Airlines, John Taylor, 41, didakwa melanggar garis panduan apabila menggunakan titanium dan bukan logam lebih lembut semasa menggantikan jalur sebuah pesawat DC-10 milik penerbangan tersebut. Sebelum ini, para penyiasat mengesyaki nahas berpunca daripada sekeping jalur logam yang berada di landasan dipercayai tercabut dari pesawat DC-10 itu beberapa minit sebelum pesawat Concorde tersebut berlepas.
Defendan kedua iaitu seorang ketua penyelenggara Continental Airlines, Stanley Ford, 70, kerana meluluskan penggunaan jalur titanium.
Bagaimanapun, pasukan peguam Continental itu menyatakan, anak guam mereka dijadikan kambing hitam dalam kes berkenaan dan mereka mempunyai bukti bahawa pesawat Concorde terbakar sebelum ia melanggar serpihan titanium itu.
Dua lagi defendan yang turut berdepan tuduhan sama ialah pekerja Aerospatiale iaitu anak syarikat Airbus manakala defendan kelima ialah seorang pekerja pihak berkuasa penerbangan awam Perancis.

JANJI ROONEY KEPADA MU

LONDON - Wayne Rooney berjanji untuk membantu Manchester United mencipta rekod Liga Perdana England.
Sebelum ini, pengurus, Alex Ferguson yakin United akan muncul pasukan pertama yang berjaya memenangi empat kejuaraan berturut-turut dalam saingan liga selepas mereka kini hanya ketinggalan satu mata berbanding pendahulu, Chelsea.
Rooney yang ketika ini berada pada prestasi terbaiknya percaya United mampu menyingkirkan Chelsea daripada tangga teratas liga itu.
"Saya harap kami boleh meneruskan prestasi cemerlang ini dan muncul juara liga musim ini.
"Kami telah menang tiga kejuaraan terakhir dan tiada pasukan pernah memenanginya empat kali berturut-turut. Harap kami dapat pecah rekod itu.
"Musim ini persaingan lebih sengit dan menarik. Chelsea dan Arsenal turut bersaing. Liverpool bermasalah tetapi mereka juga memiliki pasukan berkualiti dan mampu bersaing sehingga ke penghujung musim," kata Rooney.
Rooney telah meledak 23 gol pada musim ini dan ia sesuatu yang boleh dibanggakan selepas dia sebelum ini pernah dipersoalkan tentang nisbah jaringannya yang agak kurang.
Namun sejak jurulatih England, Fabio Capello memberi amaran supaya dia lebih 'tajam' di dalam kotak penalti, Rooney dilihat tidak henti-henti menjaringkan gol.
"Sebelum ini, saya memang tidak banyak menjaringkan gol dari dalam kotak penalti tetapi saya telah berusaha untuk melakukannya dan tampak ia mula membuahkan hasil.
"Kami melakukan ujian untuk melihat tendangan siapa paling kencang di United dua tahun lalu dan ia menjadi milik saya dan Paul Scholes.
"Sebagai peminat bola sepak, pasti kamu mahu melihat gol dari pelbagai sudut tetapi saya akui jarang melakukan jaringan hebat.
"Semuanya nampak macam sama saja. Tapi gol kegemaran saya ialah ketika menentang Croatia pada Euro 2004," katanya

PERISTIWA BERSEJARAH KELUARGA DIRAJA

.

ALMARHUM SULTAN ISKANDAR (enam dari kiri) bersama anakanda dan cucunda hasil perkahwinan baginda dengan Hajah Khalsom Abdullah dan Sultanah Zanariah. Gambar dirakamkan di Johor Bahru selepas upacara pelantikan Tunku Ibrahim (lima dari kiri) sebagai Tunku Mahkota Johor pada 1981




Hajah KHalsom ABDULLAH tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai semalam.


JOHOR BAHRU - Suasana pilu menyelubungi Makam Diraja Bukit Mahmoodiah di sini apabila Hajah Khalsom Abdullah, bonda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar berangkat menziarahi makam bekas suaminya, Almarhum Sultan Iskandar.
Ini adalah kali pertama bonda Sultan Johor yang kini berusia 72 tahun menjejakkan kaki ke sini setelah berpisah dengan Almarhum Sultan Iskandar pada awal tahun 1960-an.
Hajah Khalsom tiba di makam tersebut pada pukul 2.20 petang dan meluangkan masa selama 10 minit di makam tersebut.
Beliau kelihatan sangat sebak ketika mengaminkan doa untuk roh Almarhum. Meskipun sedih kerana terpaksa menerima hakikat pemergian Almarhum Sultan Iskandar untuk selama-lamanya, Hajah Khalsom tetap gagah menabur bunga dan menyiram air mawar di makam.
Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan oleh lebih 20 wakil media yang menunggu di makam tersebut sejak pukul 1.30 petang.

Feb 2, 2010

TEKA-TEKI IMAN GHAZALI

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya :

Imam Ghazali = ' Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Orang tua '
Murid 2 = ' Guru '
Murid 3 = ' Teman '
Murid 4 = ' Kaum kerabat '

Imam Ghazali = ' Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).

Imam Ghazali = ' Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Negeri Cina '
Murid 2 = ' Bulan '
Murid 3 = ' Matahari '
Murid 4 = ' Bintang '

Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling jauh adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini,hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama'.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling besar didunia ini ?'
Murid 1 = ' Gunung '
Murid 2 = ' Matahari '
Murid 3 = ' Bumi '
Imam Ghazali = ' Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.'

' Imam Ghazali = ' Apa yang paling ringan di dunia ini ?'
Murid 1 = ' Kapas'
Murid 2 = ' Angin '
Murid 3 = ' Debu '
Murid 4 = ' Daun-daun'

Imam Ghazali = ' Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat '

IMAM GHAZALI: ' Apa yang paling berat didunia ? '
Murid 1 = ' Baja '
Murid 2 = ' Besi '
Murid 3 = ' Gajah '

Imam Ghazali = ' Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

Imam Ghazali = ' Apa yang paling tajam sekali di dunia ini ? '
Murid- Murid dengan serentak menjawab = ' Pedang '

Imam Ghazali = ' Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.

''sampaikanlah walau satu ayat'

LINDA TIADA PERASAAN, FAHRIN SAMAN


LINDA ONN

KUALA LUMPUR - Pelakon dan pengacara popular, Fahrin Ahmad bertekad untuk meneruskan saman terhadap penyampai radio Suria FM, Linda Onn selepas bekas kekasihnya itu enggan memohon maaf atas dakwaan memfitnah beliau.
"Sehingga kini, Linda tidak beri sebarang respons secara peribadi dan pihak kami masih boleh berkompromi jika dia membuat kenyataan maaf secara umum.
"Seperti mana yang saya ulangi sebelum ini, saya sentiasa mahu perkara ini diselesaikan dengan cara baik. Kami telah berinya masa selama tujuh hari tetapi sayangnya dia tidak respons," kata Fahrin berhubung perkembangan terbaru kes saman beliau terhadap Linda ketika dihubungi Kosmo!
semalam.

PEGAWAI CUMA DIBERI TEGURAN


GAMBAR fail menunjukkan asap menjulang akibat serangan tentera Israel di pinggir Gaza dalam pada 8 Januari 2009.


BAITULMAQDIS - Tentera Israel memberi teguran terhadap dua pegawai kanannya kerana bertindak menggunakan peluru yang mengandungi fosforus putih di kawasan berpenduduk padat berhampiran kawasan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semasa Perang Gaza pada tahun lalu, kata pihak tentera semalam.
Dalam satu jawapan rasmi kepada Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon pada Jumaat lepas bagi menjawab kecaman berhubung kekejaman tentera Yahudi sepanjang perang 22 hari itu, Israel menyatakan, seorang pegawai tentera berpangkat brigedier jeneral dan kolonel telah dikenakan tindakan disiplin setelah pihak tentera melakukan siasatan dalaman.
"Siasatan dalaman mendapati semasa operasi ketenteraan di Tel El Hawa, Gaza dilancarkan, tentera Israel membedil beberapa peluru meriam sekali gus melanggar peraturan peperangan yang melarang peluru meriam ditembak ke kawasan yang padat dengan penduduk," kata kenyataan itu.
"Dua pegawai tentera berkenaan yang didedahkan oleh media Israel sebagai Brigedier Jeneral Eyal Eisenberg dan Kolonel Ilan Malka didapati bersalah kerana 'melangkaui kuasa dengan cara yang boleh mengancam nyawa orang lain'," tambahnya.
Seorang jurucakap tentera berkata, kedua-duanya diberi teguran yang tercatat dalam fail peribadi mereka.
"Mereka dihukum kerana membedil kawasan yang sarat dengan penduduk dan bukan kerana menggunakan peluru fosforus," katanya.
Insiden tersebut berlaku pada 15 Januari 2009 apabila tentera Israel membedil peluru fosforus ke pekarangan ibu pejabat agensi PBB untuk pelarian Palestin (UNRWA) di Gaza.
Undang-undang antarabangsa melarang penggunaan peluru fosforus di kawasan awam kerana ia boleh menyebabkan mangsa melecur teruk.

WENGER ANGGAP KEKALAHAN UMPAMA SATU BENCANA


WENGER sukar menerima kekalahan 1-3 kepada United kelmarin.



LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menganggap kekalahan 1-3 kepada Manchester United sebagai satu bencana yang besar dalam usahanya memburu gelaran Liga Perdana England.
"Sukar untuk diterima tetapi mudah untuk dijelaskan," kata Wenger kepada pemberita di Stadium Emirates kelmarin.
"Kami gagal mempamerkan satu persembahan yang baik dan sebab itu kami kalah.
"Kami beri mereka terlalu banyak ruang, kami masih mentah, kami perlu bersatu semula dan melakukan persembahan yang baik Ahad ini apabila kami bertemu Chelsea.
"Ia adalah satu tamparan yang hebat dan satu kekecewaan yang besar tetapi kami perlu bangkit. Ini adalah sebahagian daripada bola sepak.
"Kini kami perlukan sesuatu yang istimewa untuk kekal dalam perebutan gelaran. Saya menyedarinya."
Arsenal bakal berdepan satu lagi tugas sukar apabila berkunjung ke Stamford Bridge untuk bertemu pendahulu liga, Chelsea yang menewaskan mereka 0-3 di Stadium Emirates, November lalu.
Kekalahan itu adalah yang terakhir sebelum skuad The Gunners tewas kepada United kelmarin.
Sekiranya Chelsea berjaya menewaskan Hull City dan kemudiannya menewaskan Arsenal, mereka akan melebarkan jurang kepada 11 mata di hadapan pencabarnya itu.

Feb 1, 2010

SAHABAT

Salam Geng..pada entry kali nie..Ultraman nak membincangkan pasal 'sahabat'.Ultraman rasa semua orang  di Dunia ini mempunyai sahabat,kan?,Baik yang kita baru kenal ataupun yang dah lame kita kenal.Ok,baiklah,disini bukanya masalah lame atau baru kita mengenali sahabat kita itu tetapi sejauh manakah ertinya 'sahabat' itu kepada kita maksudnya sejauh manakah 'sahabat' boleh menolong kita?
Wah!!..Bunyinya macam suatu kajian tetapi inilah realitinya sekarang.Pada masa sekarang,ade atau tidak sahabat itu,semuanya adalah sama.Kadang-kala nama sahaja 'sahabat' tetapi tidak boleh tumpang langsung.Realitinya pada masa kini Geng..Secara amnya,apabila kita sebut 'sahabat' maka sudah tentu melambangkan seseorang yang boleh dikira agak rapat dengan diri kita dan boleh untuk kita menumpang mereka bukan hanya ketika kita dalam kesusahan,tetapi dalam setiap perkara.Tetapi untuk mencari sahabat yang seperti itu kini (sahabat sejati) adalah sangat susah kini.Kadang-kala 'sahabat' kini lebih mementingkan diri sendiri daripada menolong sahabat mereka sendiri.
Jadi Geng,sampai disini dahululah entry ultraman pada kali ini dan semoga kita bertemu lagi pada entry yang akan datang.Cuba kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan topik ini.Semoga kita dapat menjadi lebih baik untuk diri sendiri dan juga untuk orang lain.Sekian.

KILANG KELUARKAN KERETA MIRIP PORSCHE


GAMBAR menunjukkan kereta yang diubah suai menjadi Porsche dan Ferarri di garaj milik Chris di Bangkok pada 16 Januari lalu. 
 


BANGKOK - Seorang pemilik kilang di sini, Chris Pongpitaya menyediakan perkhidmatan menjadikan cita-cita sejumlah pemilik kereta berpendapatan rendah memperoleh kenderaan idaman mereka.
Dia yang berumur 45 tahun mendapat tempahan daripada pemilik-pemilik kereta dalam dan luar negara untuk mengubahsuai kenderaan mereka menjadi seperti Porsche, Ferarri , Aston Martin, Lamborghini dan jenama terkenal lain.
Kereta itu diubahsuai oleh syarikat milik Chris, Schones.
Dia mendapat pengalaman mengubahsuai kenderaan itu semasa bekerja selama 14 tahun di Studio Reka Bentuk Porsche, Jerman.
Ketika itu dia bekerja untuk mereka ruang dalaman pesawat.
"Mempunyai kereta-kereta seperti itu (sport) merupakan mimpi bagi kebanyakan orang tetapi tidak dapat membelinya menyebabkan mereka memandu kereta-kereta replika itu," katanya kepada agensi berita AFP.
Kereta-kereta itu diubahsuai dengan menggunakan cesi kenderaan lama dan enjin kereta Jepun.
Masa yang diperlukan untuk mengubahsuai kereta itu ialah 12 hari

SETINGGAN MENCEMARKAN MASJID NEGARA


SEORANG lelaki didapati tidur nyenyak kira-kira pukul 7.20 pagi di pekarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur semalam.



KUALA LUMPUR - Sedar atau tidak, Masjid Negara yang menjadi lambang kemuliaan masyarakat Islam di ibu negara kini bagaikan penempatan 'setinggan' atau sarang melepak bagi golongan merempat yang tidak mempunyai rumah.
Lebih membimbangkan, akibat tiada kawalan untuk mengekang senario itu, kelompok penagih dadah juga turut mengambil kesempatan menjadikan pekarangan masjid tersebut sebagai tempat tidur pada waktu malam.
Difahamkan, pekarangan masjid yang tumpuan pelancong itu telah menjadi 'setinggan' kepada golongan tersebut sejak berbelas tahun lalu dan mereka bebas keluar masuk serta menggunakan kemudahan yang disediakan kepada jemaah yang bersolat di masjid itu.
Wartawan Kosmo! yang membuat tinjauan kira-kira pukul 7.15 pagi di masjid itu semalam mendapati, terdapat lebih 10 orang yang tidak diketahui asal usul sedang tidur dengan nyenyak di pekarangan masjid tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang.

KEPUTUSAN PENUH ARSENAL VS MANCHESTER UNITED


3
VS
 1


RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI