Feb 3, 2010

JANJI ROONEY KEPADA MU

LONDON - Wayne Rooney berjanji untuk membantu Manchester United mencipta rekod Liga Perdana England.
Sebelum ini, pengurus, Alex Ferguson yakin United akan muncul pasukan pertama yang berjaya memenangi empat kejuaraan berturut-turut dalam saingan liga selepas mereka kini hanya ketinggalan satu mata berbanding pendahulu, Chelsea.
Rooney yang ketika ini berada pada prestasi terbaiknya percaya United mampu menyingkirkan Chelsea daripada tangga teratas liga itu.
"Saya harap kami boleh meneruskan prestasi cemerlang ini dan muncul juara liga musim ini.
"Kami telah menang tiga kejuaraan terakhir dan tiada pasukan pernah memenanginya empat kali berturut-turut. Harap kami dapat pecah rekod itu.
"Musim ini persaingan lebih sengit dan menarik. Chelsea dan Arsenal turut bersaing. Liverpool bermasalah tetapi mereka juga memiliki pasukan berkualiti dan mampu bersaing sehingga ke penghujung musim," kata Rooney.
Rooney telah meledak 23 gol pada musim ini dan ia sesuatu yang boleh dibanggakan selepas dia sebelum ini pernah dipersoalkan tentang nisbah jaringannya yang agak kurang.
Namun sejak jurulatih England, Fabio Capello memberi amaran supaya dia lebih 'tajam' di dalam kotak penalti, Rooney dilihat tidak henti-henti menjaringkan gol.
"Sebelum ini, saya memang tidak banyak menjaringkan gol dari dalam kotak penalti tetapi saya telah berusaha untuk melakukannya dan tampak ia mula membuahkan hasil.
"Kami melakukan ujian untuk melihat tendangan siapa paling kencang di United dua tahun lalu dan ia menjadi milik saya dan Paul Scholes.
"Sebagai peminat bola sepak, pasti kamu mahu melihat gol dari pelbagai sudut tetapi saya akui jarang melakukan jaringan hebat.
"Semuanya nampak macam sama saja. Tapi gol kegemaran saya ialah ketika menentang Croatia pada Euro 2004," katanya

No comments:

Post a Comment

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI