Feb 13, 2010

LAGI SKANDAL PEMAIN CHELSEA


ASHLEY COLE



LONDON - Pemain bola sepak pasukan England, Ashley Cole menjadi bintang terbaru yang terlibat dalam skandal seks selepas gambar bogelnya didakwa dihantar kepada seorang model, lapor sebuah akhbar semalam.
Model itu, Sonia Wild, 28, dikatakan telah menerima gambar-gambar mengghairahkan Ashley yang merupakan pemain kelab bola sepak Chelsea bersama sejumlah mesej 'panas'.
Episod itu memalukan pasukan England selepas John Terry dilucutkan jawatan kapten England ekoran skandalnya dengan bekas kekasih rakannya di kelab Chelsea, Wayne Bridge iaitu Vanessa Perroncel.
Pada malam kelmarin, Ashley yang berkahwin dengan hakim program realiti nyanyian X Factor, Cheryl Cole mengaku merakamkan gambar bogelnya semasa tinggal di sebuah hotel bersama anggota-anggota pasukan England.
Namun, Ashley yang ketika ini mengalami kecederaan di bahagian buku lali menafikan menghantar gambar kepada Sonia.
Menurut pemain itu, dia cuma bergurau dan terlupa untuk memadamkan imej tersebut.
Ashley berkata, dia telah memberikan telefon itu kepada seorang rakan rapatnya, Jay Wynters.
Namun, Wynters memberikan telefon itu kepada seorang lagi rakannya.
Pada malam kelmarin, Ashley yang mendapat pendapatan £82,000 (RM438,079) seminggu menjelaskan situasi yang sebenarnya kepada isterinya.
Salah satu imej itu menunjukkan Ashley tidak memakai baju.
Bagaimanapun, Sonia yang merupakan ibu dua anak dari Hull menyatakan pada mulanya dia seolah-olah seperti tidak percaya menerima mesej daripada Ashley.
"Saya mengenalinya berdasarkan gambar yang saya telah lihat dia bersama isterinya," kata Sonia.
Mesej 'panas' itu dihantar selama lebih sebulan dan model itu mendakwa Ashley merayu untuk menemuinya di Amerika tetapi permintaan tersebut ditolak.
"Saya tidak mengetahui sama ada penghantar mesej itu bukannya Ashley," katanya.
Pada 2008, rumah tangga Ashley dengan isterinya bergolak selepas seorang pendandan rambut, Aimee Walton mendakwa dia tidur bersama bintang bola sepak itu selama satu malam.
Menghantar imej yang tidak sopan menerusi telefon merupakan satu kesalahan dengan hukuman penjara enam bulan atau denda £5,000 (RM26,714) boleh dikenakan terhadap pesalah.

No comments:

Post a Comment

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI