Feb 13, 2010

SIAPA PENJAGA GOL No. 1 BELANDA?


STEKELENBURG dianggap penjaga gol paling sesuai menggantikan tempat van der Sar suatu hari nanti.



SETAHUN sebelum bermulanya Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan, Belanda mungkin muncul pasukan pertama dari Eropah yang berjaya mengesahkan tiket ke pusingan akhir kejohanan bola sepak terhebat di muka bumi itu.
Mereka telah mempamerkan prestasi cemerlang apabila mencatat rekod bersih dalam lapan perlawanan peringkat kelayakan, satu pencapaian terbaik bagi sebuah negara yang tidak pernah memenangi Piala Dunia.
Walaupun hampir memenanginya pada 1974 dan 1978, juara Euro 1998 itu tetap dianggap antara pasukan pilihan apabila turun beraksi di Afrika Selatan tahun ini.
Begitupun, sebelum The Oranje layak ke Afrika Selatan, ada satu masalah yang memeningkan jurulatihnya, Bert van Mar- wijk, iaitu siapa penjaga gol paling layak selepas Edwin van der Sar?
Sejak membuat penampilan sulung pada 1995, van der Sar terus menjadi penjaga gol utama skuad kebangsaan Belanda dan telah beraksi sebanyak 130 kali.
Begitupun, penjaga gol Manchester United berusia 39 tahun itu bersara selepas Euro 2008, sekali gus membuka peluang kepada penjaga gol Ajax Amsterdam, Maarten Stekelenburg menggantikannya.
Selepas beberapa tahun, Steke- lenburg yang dianggap sebagai pengganti sesuai kepada van der Sar selepas Euro 2008.
Sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia pada 2008 dan 2009 selepas itu, Stekelenburg mula memegang peranan penting sebagai pemain terakhir yang menjaga gawang Belanda.
VAN DER SAR telah menyarung jersi Belanda sejak tahun 2005. Dia masih mendapat kepercayaan untuk menggalas cabaran negaranya pada kempen Piala Dunia 2010.


Begitupun, dia berjaya menjalankan tugasnya dengan baik, sehinggalah mengalami kecederaan bahu yang memaksanya terlepas aksi menentang Iceland dan Norway.
Ekoran kecederaan yang menimpa sehingga memaksa Steke- lenburg berehat sehingga Januari 2010, van Marwijk tiada pili- han selain menurunkan Henk Timmer, 37, penjaga gol ketiga yang berusia 37 tahun bagi mengisi tempatnya.
Begitupun, persembahan penjaga gol Feyernoord itu tidak me- yakinkan van Marwijk dan dia kemudian digantikan oleh penjaga gol muda dari FC Utrecht, Michel Vorm.
Stekelenburg bagaimanapun pulih lebih awal dan terus dipanggil ke dalam skuad Belanda bagi aksi persahabatan menentang Tunisia.
Namun, kesilapanya ketika melepaskan bola di celah kaki- nya pada pertemuan itu terus menghantui reputasinya sebagai penjaga gol utama Belanda.
Nasibnya pada peringkat kelab juga tidak begitu baik. Ketika dia cedera, bekas penjaga gol bawah 21 Belanda, Kenneth Vermeer beraksi cemerlang menggantikannya.

Malah, selepas pulih dan turun beraksi semula, Stekelenburg gagal menyumbang kemenangan apabila mereka hanya mengutip satu mata sahaja dari- pada empat perlawanan, sekali gus memaksa jurulatih Ajax, Marco van Basten lebih menurunkan Vermeer dan meletakkan Stekelenburg di bangku simpanan.
Biarpun peluangnya semakin tipis di Ajax, Stekelenburg masih lagi penjaga gol No. 1 Belanda.
Van Marwijk masih percaya terhadap kemampuannya dan dengan hanya satu kesilapan kecil dalam 15 penampilan antara- bangsa, dia masih diberi peluang.
Tanpa sebarang persediaan dan peluang yang mencukupi, amat berisiko untuk menurunkan Stekelenburg yang jarang beraksi, namun dia membuktikan bahawa dirinya memang wajar digelar penjaga gol No. 1 Be- landa.
Selepas van Basten meletak jawatan sebagai jurulatih Ajax, masa depan Stekelenburg kembali cerah di bawah kendalian jurulatih baru, Martin Jol.
Di bawah jurulatih itu, Steke- lenburg cuba melupakan kesila- pan silamnya dan berusaha menjadi seorang penjaga gol yang lebih baik.
Prestasinya bersama Ajax juga semakin cemerlang dan sekali gus meyakinkan Bert van Mar- wijk menurunkannya sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia tahun lepas.
Walaupun Belanda dilihat seakan-akan kehilangan bintang baru bagi posisi penjaga gol sele- pas Jan van Beveren, Piet Schrij- vers, Hans van Breukelen dan van der Sar, namun Stekelen- burg tetap dianggap sebagai penjaga gol yang mampu menghalang gawang The Oranje dari- pada ditembusi pada kempen di Afrika Selatan nanti.

1 comment:

  1. elok la..van de sar ni da tua da..lame dia main world cup

    http://viewphoria-nothingman.blogspot.com/

    ReplyDelete

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI