Feb 2, 2010

WENGER ANGGAP KEKALAHAN UMPAMA SATU BENCANA


WENGER sukar menerima kekalahan 1-3 kepada United kelmarin.



LONDON - Pengurus Arsenal, Arsene Wenger menganggap kekalahan 1-3 kepada Manchester United sebagai satu bencana yang besar dalam usahanya memburu gelaran Liga Perdana England.
"Sukar untuk diterima tetapi mudah untuk dijelaskan," kata Wenger kepada pemberita di Stadium Emirates kelmarin.
"Kami gagal mempamerkan satu persembahan yang baik dan sebab itu kami kalah.
"Kami beri mereka terlalu banyak ruang, kami masih mentah, kami perlu bersatu semula dan melakukan persembahan yang baik Ahad ini apabila kami bertemu Chelsea.
"Ia adalah satu tamparan yang hebat dan satu kekecewaan yang besar tetapi kami perlu bangkit. Ini adalah sebahagian daripada bola sepak.
"Kini kami perlukan sesuatu yang istimewa untuk kekal dalam perebutan gelaran. Saya menyedarinya."
Arsenal bakal berdepan satu lagi tugas sukar apabila berkunjung ke Stamford Bridge untuk bertemu pendahulu liga, Chelsea yang menewaskan mereka 0-3 di Stadium Emirates, November lalu.
Kekalahan itu adalah yang terakhir sebelum skuad The Gunners tewas kepada United kelmarin.
Sekiranya Chelsea berjaya menewaskan Hull City dan kemudiannya menewaskan Arsenal, mereka akan melebarkan jurang kepada 11 mata di hadapan pencabarnya itu.

No comments:

Post a Comment

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI