Apr 25, 2010

TUKAR ENJIN KERETA..

Hmm...pada post nie aku tak tau ape nak tulis,,,share dgn pengunjung sekalian,,,jadi aku membuat keputusan ingin berkongsi pasal kereta aku nie..kereta aku nie dari luaran die memang cantik.tapi bahagian dalam die jer tak berapa cantik..enjin die pasal dah lame adelah masalah tertentu...
Dalam perancangan aku..enjin tersebut ingin aku gantikan dengan enjin baru dari halfcut iaitu nadi daripada Mitsubhisi Gsr 1.8 cc atau Mitsubishi Evolution 2.0 cc..Setelah diselidik dikedai halfcut, nadi2 tersebut berada pada lingkungan harga 10 ribu-12 ribu.untuk pengetahuan pelawat, harga tersebut tidak termasuk upah mekanik untuk memasang,setting,dan untuk endos Jpj dan Puspakom.Dalam perkiraan aku bajet untuk complete sume skali adalah RM15 ribu..Mane nak cari??? aduh....kereta aku tu hanya menanti teruk jer...bunyi enjin die dah lain macam sangat..tak taula camner nak describe..
Kepada pengunjung2 sekalian, doakanlah agar Ultraman dapat tukar enjin kereta Ultraman ni yea...
p/s: kpd sape2 yg tau mane ade hafcut murah bgtahula Ultraman ye...tQ...hehehe

MANCHESTER UNITED MELONJAK KE TANGGA TERATAS LIGA..

Manchester United kembali menghuni persada EPL dengan kemenangan 3-1 mengatasi Spurs di Old Traford awal malam tadi waktu tempatan.Gol United dijaringkan oleh Ryan Giggs menerusi tendangan penalti setelah Evra dan Nani dikasari didalam kotak penalti.Manakala Nani membuat voli cantik mengatasi penjaga gol Spurs,Gomes.Gol Spurs pula dijaringkan oleh Ledly King setelah pertahanan United, Rafael Da Silva gagal menendang bola hasil daripada tandukan King.
Pada awal permainan, kedua-dua pasukan dilihat seimbang, akan tetapi Spurs kerap kali kehilangan bola. Penyerang United yang sedang hangat diperkatakan akan dijual kepada Ac Milan pada akhir musim ini, Dimitiar Berbatov bergelut untuk menjaringkan gol melalui beberapa peluang dan percubaan cantik, namun semuanya melewati palang gol. Berbatov kelihatan berusaha untuk mempamerkan aksi yang terbaik namun, nasib tidak menyebelahinya.
Pada perlawanan tersebut United seperti kebuntuan gol setelah penyerang antarabangsa England, Wayne Rooney direhatkan berikutan kecederaan buku lali. Namun pencarian gol berhasil apabila United dihadiahkan sepakan penalti berikutan Evra dikasari didalam kotak penalti.Ryan Giggs tenang menendang bola masuk bagi membolehkan United mendahului. Tersentak dengan gol tersebut, Spurs mengubah corak serangan dan berjaya mengikat United 1-1 hasil jaringan daripada King ketika masa permainan berbaki 20 minit. Pengurus United membawa Macheda masuk menggantikan Luis Antonio Valencia dan ternyata dapat mengucar-ngacirkan pertahanan Spurs. Hasilnya Nani berjaya menjaringkan gol bagi membolehkan United mendahului 2-1 hasil gerakan menarik Fletcher dan Macheda.
Gol kemenangan United diperolehi melaui sepakan penalti oleh Giggs setelah Nani ditolak dalam kotal penalti. Dengan perlawanan yang membabitkan Chelsea hanya berlangsung malam esok (malam nanti), United akan menghuni persada liga bagi tempoh lebih kurang 12 jam. United pasti mengharap Stoke City mampu mengikat Chelsea bagi membolehkan United terus kekal menghuni persada liga perdana.

Apr 22, 2010

BAYERN MENANG TIPIS

Bayern Munich menang tipis keatas kelab Perancis,Lyon awal pagi tadi di gelanggang sendiri.Bermain di laman sendiri ternyata tidak digunakan sepenuhnya oleh Bayern apabila berjaya diikat oleh Lyon.Perlawanan dilihat seakan berakhir dengan kesudahan seri tanpa jaringan, namun pemain Belanda, Arjen Roben berjaya memecah kebuntuan gol 21 minit sebelum masa perlawanan tamat. 
Berbekalkan kelebihan 1 gol nyata tidak mencukupi bagi Bayern yang akan berkunjung ke kubu kuat lawan di Perancis.Dalam perlawanan tersebut, pemain antarabangsa Perancis, Frank Ribery dilayangkan kad merah oleh pengadil dari Itali akibat terjahan keras ke atas pemain Lyon pada akhir babak pertama. 
Nyata Bayern masih kukuh mengharungi 45 minit babak kedua dengan 10 pemain bagi mengekang asakan Lyon. Perlawanan seterusnya akan berlangsung di Perancis pada minggu hadapan.sekian.

Barcelona tewas mengejut di Itali

Seperti yang telah diramalkan,penyandang juara Eropah, Barca terkulai di tanah Inter Milan 3-1.Penganalisis bola sepak berpendapat faktor perjalanan yang lama Barca untuk sampai ke Inter Milan adalah faktor utama kekalahan tersebut.Namun pujian harus diberikan juga kepada anak buah Jose Maurinho di atas kesungguhan mereka mengekang asakan Barca di laman sendiri.
Pusingan kedua selepas ini pastinya menjanjikan saingan sengit antara Barca dan Inter Milan yang akan berlangsung di Barcelona.Ketika itu semestinya Jose Maurinho amat mengharapkan agar cuaca akan kembali normal akibat debu daripada gegaran gunung berapi di Iceland.Jika tidak,skuad Inter Milan semestinya akan menempuh perjalanan yang memeritkan melalui jalan darat daripada Itali ke Sepanyol seperti yang dialami Barca.
Walau bagaimanapun, diatas kertas kelihatan seperti Inter yang akan beraksi di final Liga Juara-Juara..tetapi kita tidak boleh memandang remeh keupayaan Barca untuk bangkit.Kepada peminat Barca mahupun Inter,sama-samalah kita menanti perlawanan seterusnya dengan penuh debaran.Sekian...

Apr 18, 2010

RED DEVILS KEMBALI BERNYAWA

MANCHESTER - Paul Scholes muncul wira apabila membantu Manchester United mencipta kemenangan 1-0 ke atas Manchester City pada aksi Liga Perdana England malam tadi.
Scholes menanduk masuk gol kemenangan United pada masa kecederaan babak kedua selepas menyempurnakan hantaran lintang pemain pertahanan, Patrice Evra.
Kemenangan tersebut telah menghidupkan kembali peluang United dalam usaha memburu kejuaraan liga musim ini biarpun jika pendahulu, Chelsea mencatatkan kemenangan ke atas Tottenham Hotspur.
Pengurus United, Alex Ferguson berkata, jika skuad kendaliannya tewas pada aksi di Stadium City of Manchester, ia sekali gus memadam terus impian The Red Devils bagi merangkul trofi liga buat empat musim berturut-turut.
"Jika kami tewas perlawanan sebentar tadi (semalam), ia akan menutup pintu buat kami untuk bergelar juara liga.
"Kami sememangnya berhak untuk memenangi perlawanan ini tetapi saya tidak menjangkakan yang kami akan memperoleh gol ketika perlawanan hampir tamat.
"Percaturan saya yang mahukan Scholes lebih banyak membantu jentera serangan ternyata berbaloi dan saya berasakan dia adalah pemain terbaik dalam perlawanan ini," jelas Ferguson.
United dijadualkan berdepan dengan Tottenham Hotspur di Old Trafford Sabtu depan.

SCHOLES (dua dari kanan) meraikan jaringannya bersama tonggak pertahanan United, Gary Neville ketika menentang City malam tadi. United menang 1-0.
 
Sementara itu, kekalahan yang dialami City menyaksikan mereka terlepas peluang terbaik bagi menjarakkan kedudukan dengan Spurs yang turut bersaing mengakhiri saingan di tangga keempat, sekali gus menempah slot ke kempen Liga Juara-Juara musim depan.
"Sudah pasti kami berasa sangat kecewa dengan kekalahan ini. Kami tidak patut tewas pada perlawanan ini.
"Kami akan menghadapi satu perlawanan penting (menentang Spurs di sini (Eastlands) pada 5 Mei depan dan kami perlu memenangi kesemua baki empat perlawanan," kata pengurus City, Roberto Mancini. - AFP

Achik Spin Meninggal Dunia

SEREMBAN – Penyanyi Abdillah Murad Md. Shari, 27, atau Achik Spin yang popular dengan lagu Janji Kita, maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 14.7, Lebuh Raya Kajang-Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini lewat petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 6.15 petang itu, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Estima yang dinaiki Achik dikatakan terbabas ketika dia bersama seorang rakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Green Street Homes, Seremban 2 di sini.
Akibat kemalangan itu, Achik dikatakan tercampak keluar dari kenderaan sejauh kira-kira lima meter sebelum MPV itu terbakar dan meletup.
Kemalangan itu juga menyebabkan Achik cedera parah di kepala dan beberapa bahagian anggota badan sebelum meninggal dunia di tempat kejadian.
Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Supritendan Abd. Halil Hamzah berkata, semasa kemalangan, mangsa menaiki kenderaan tersebut bersama seorang rakan dikenali sebagai Mohd. Salihin Shah Mohd. Salleh, 29.

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI