Apr 25, 2010

MANCHESTER UNITED MELONJAK KE TANGGA TERATAS LIGA..

Manchester United kembali menghuni persada EPL dengan kemenangan 3-1 mengatasi Spurs di Old Traford awal malam tadi waktu tempatan.Gol United dijaringkan oleh Ryan Giggs menerusi tendangan penalti setelah Evra dan Nani dikasari didalam kotak penalti.Manakala Nani membuat voli cantik mengatasi penjaga gol Spurs,Gomes.Gol Spurs pula dijaringkan oleh Ledly King setelah pertahanan United, Rafael Da Silva gagal menendang bola hasil daripada tandukan King.
Pada awal permainan, kedua-dua pasukan dilihat seimbang, akan tetapi Spurs kerap kali kehilangan bola. Penyerang United yang sedang hangat diperkatakan akan dijual kepada Ac Milan pada akhir musim ini, Dimitiar Berbatov bergelut untuk menjaringkan gol melalui beberapa peluang dan percubaan cantik, namun semuanya melewati palang gol. Berbatov kelihatan berusaha untuk mempamerkan aksi yang terbaik namun, nasib tidak menyebelahinya.
Pada perlawanan tersebut United seperti kebuntuan gol setelah penyerang antarabangsa England, Wayne Rooney direhatkan berikutan kecederaan buku lali. Namun pencarian gol berhasil apabila United dihadiahkan sepakan penalti berikutan Evra dikasari didalam kotak penalti.Ryan Giggs tenang menendang bola masuk bagi membolehkan United mendahului. Tersentak dengan gol tersebut, Spurs mengubah corak serangan dan berjaya mengikat United 1-1 hasil jaringan daripada King ketika masa permainan berbaki 20 minit. Pengurus United membawa Macheda masuk menggantikan Luis Antonio Valencia dan ternyata dapat mengucar-ngacirkan pertahanan Spurs. Hasilnya Nani berjaya menjaringkan gol bagi membolehkan United mendahului 2-1 hasil gerakan menarik Fletcher dan Macheda.
Gol kemenangan United diperolehi melaui sepakan penalti oleh Giggs setelah Nani ditolak dalam kotal penalti. Dengan perlawanan yang membabitkan Chelsea hanya berlangsung malam esok (malam nanti), United akan menghuni persada liga bagi tempoh lebih kurang 12 jam. United pasti mengharap Stoke City mampu mengikat Chelsea bagi membolehkan United terus kekal menghuni persada liga perdana.

No comments:

Post a Comment

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI