Jun 11, 2010

Misi Brazil buru gelaran juara dunia keenam

JOHANNESBURG - Pemain tengah Brazil, Gilberto Silva menjelaskan bahawa mereka mempunyai misi besar untuk meraih kejuaraan Piala Dunia keenam tahun ini.
"Kami berada di sini bukan untuk bersuka-ria sebaliknya kami mahu menjadi juara," tegas Silva.
"Saya tidak katakan kami pasti akan menjadi juara tetapi itu adalah sasaran utama kami.
"Kami sudah melakukan persiapan sejak tiga tahun setengah lalu dan selepas melayakkan diri ke pusingan akhir, sudah tentu kami juga ingin menjadi juara."
Bekas bintang Arsenal itu juga percaya, dia mampu memberi sumbangan besar buat Brazil pada kempen Piala Dunia tahun ini berdasarkan pengalamannya beraksi pada kejohanan berprestij itu pada tahun 2002 dan 2006.
"Pada satu tahap, memang saya rasa jengkel apabila ada yang mempertikaikan usia saya ketika ini tetapi saya harus bersyukur kerana ia juga merupakan sumber inspirasi dan motivasi buat diri saya sendiri," tambah pemain berusia 33 tahun itu.
"Sekurang-kurangnya saya tahu, saya mempunyai banyak pengalaman yang boleh diguna- kan untuk membantu Brazil."
Silva yang membuat penampilan ke-93 bersama skuad kebangsaan Brazil ketika menewas- kan Tanzania pada aksi persahabatan Isnin lalu, dijangka akan turut beraksi pada perlawanan pertama menentang Korea Utara di Johannesburg pada 15 Jun ini. - Agensi

Rooney bersedia gegar dunia


ROONEY diberi amaran supaya menjaga sikap panas barannya pada aksi pertama menentang Amerika Syarikat esok.
 
JOHANNESBURG - Wayne Rooney kini berada dalam keadaan terbaik dari segi mental dan fizikal untuk mengetuai England menjulang gelaran Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Italo Galbiati, orang kanan Fabio Capello dalam skuad England menjelaskan bahawa Rooney mampu membawa kejutan pada kempen kali ini.
Biarpun Capello mengingatkan Rooney supaya menjaga sikap panas barannya menjelang aksi pertama dengan Amerika Syarikat esok, Galbiati pula memberitahu, bintang Manchester United ini sudah bersedia untuk menyinar di pentas dunia.
Galbiati berkata: "Apa yang berlaku ketika menentang Platinum Stars adalah sebahagian daripada karakter Wayne.
"Dia seorang yang bersemangat tinggi. Dia sentiasa mahu bersaing dan itulah sifat sebenar dirinya.
"Wayne banyak bergurau dengan saya, dia seorang yang sungguh luar biasa. Apa yang kamu kena ingat ialah Rooney sudah pun menjadi pemain terbaik dunia dan dia baru saja berusia 24 tahun.
"Dia pemain berkelas dunia tetapi masih lagi memberi yang terbaik dan selalu bekerja keras. Dia juga seorang yang merendah diri dan sentiasa mahu memperbaiki kelemahannya.
"Tetapi di atas padang dia seorang penjuang yang sebenar. Kita tahu dia akan membuat tindakan yang tepat pada saat yang diperlukan di atas padang."
Galbiati, 72, memulakan karier kejuru- latihannya bersama Capello ketika juru- latih itu membimbing skuad remaja Milan pada 1976.
Sejak itu Galbiati mula memainkan peranan pentingnya sebagai pembantu Capello dan dianggap sebagai mata dan telinga kepada jurulatih England tersebut. - Agensi

Mexico ada kelebihan

JOHANNESBURG - Mexico memiliki kelebihan berbanding Afrika Selatan apabila kedua-dua pasukan membuat perhitungan pada aksi pembukaan Piala Dunia 2010 di Stadium Soccer City malam ini.
Kelebihan itu sangat jelas kerana Mexico merupakan pasukan yang menduduki ranking ke-17 dunia.
Selain itu, sejarah mereka dalam Piala Dunia juga cemerlang dan telah beraksi pada pusingan akhir sebanyak 13 kali.
Kali terakhir mereka gagal layak ialah pada tahun 1978. Namun, pengalaman yang ada dilihat sudah cukup kuat untuk memusnahkan impian tuan rumah pada aksi pembukaan ini.
Menjelang pusingan akhir di Afrika Selatan, Mexico turut mencatat keputusan cemerlang dalam beberapa aksi pema- nas badan dengan hanya mencatat dua kekalahan.
Dalam 12 perlawanan tahun ini, mereka hanya tewas kepada England dan Belanda.
Minggu lepas, mereka menewaskan juara dunia Itali 2-1 pada aksi pemanas badan ter- akhir menjelang pertemuan dengan Afrika Selatan malam ini.
Jika kelebihan ini diambil kira, Afrika Selatan sudah pasti memerlukan keajaiban untuk menewewaskan Mexico.
Walaupun Afrika Selatan kini menduduki ranking ke-63 dunia, kelebihan mereka hanyalah sebagai tuan rumah yang bakal mendapat sokongan pada daripada 90,000 penyokong setia mereka.
Penjaga gol Afrika Selatan, Itumuleng Khune menyedari kelebihan yang ada itu dan dia yakin penyokong mereka akan membantu melonjakkan semangat sepanjang perlawanan tersebut dengan meniup trompet dipanggil 'vuvuzela'.
"Penyokong kami sangat istimewa dan mereka akan memainkan peranan penting untuk menaikkan semangat kami.
"Kami tidak mahu perla- wanan ini berkesudahan seri. Kami mahu menang dan mengutip tiga mata penuh. Perlawanan pembukaan ini perlu dicapai dengan eputusan yang bergaya.
"Kami juga tahu betapa pentingnya keme- nangan walaupun Mexico tidak akan memberi laluan mudah kepada kami."
Sebelum bermulanya aksi pembukaan ini, Mexico turut menampilkan keputusan cemerlang dalam beberapa aksi persahabatan yang diharungi.
Mereka turun beraksi dalam 12 perlawa- nan dan menang kesemuanya.
Lawan yang dihadapi itu bukan terdiri daripada pasukan elit tetapi kemenangan ke atas Colombia dan Denmark dilihat memberi keyakinan kepada skuad yang mendapat jolokan Bafana Bafana ini. - Agensi

Jun 9, 2010

Selamat Datang Piala Dunia 2010

  Pada 11 Jun 2010 ini bermulalah perlawanan Piala Dunia yang ditunggu-tunggu oleh semua peminat bola sepak diseluruh dunia. Piala Dunia yang bakal berlangsung selama sebulan di Afrika Selatan ini bakal meyaksikan pasukan handalan beraksi dengan matlamat yang tinggi iaitu bagi memenangi Piala Dunia.
Bagi Ultraman, semua pasukan yang layak ke perlawanan akhir ini merupakan pasukan yang hebat kerana mereka telah berjaya melepasi pusingan kelayakan. Jika ditanya siapakah pemenangnya, Ultraman tidak berani komen apa-apa kerana masih terlalu awal. Kepada semua peminat bola sepak sekalian, sama-sama kita menunggu sepak mula Piala Dunia ini lagi 1 hari dari sekarang,,,sekain,,,welcome to Africa...

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI