Jun 11, 2010

Misi Brazil buru gelaran juara dunia keenam

JOHANNESBURG - Pemain tengah Brazil, Gilberto Silva menjelaskan bahawa mereka mempunyai misi besar untuk meraih kejuaraan Piala Dunia keenam tahun ini.
"Kami berada di sini bukan untuk bersuka-ria sebaliknya kami mahu menjadi juara," tegas Silva.
"Saya tidak katakan kami pasti akan menjadi juara tetapi itu adalah sasaran utama kami.
"Kami sudah melakukan persiapan sejak tiga tahun setengah lalu dan selepas melayakkan diri ke pusingan akhir, sudah tentu kami juga ingin menjadi juara."
Bekas bintang Arsenal itu juga percaya, dia mampu memberi sumbangan besar buat Brazil pada kempen Piala Dunia tahun ini berdasarkan pengalamannya beraksi pada kejohanan berprestij itu pada tahun 2002 dan 2006.
"Pada satu tahap, memang saya rasa jengkel apabila ada yang mempertikaikan usia saya ketika ini tetapi saya harus bersyukur kerana ia juga merupakan sumber inspirasi dan motivasi buat diri saya sendiri," tambah pemain berusia 33 tahun itu.
"Sekurang-kurangnya saya tahu, saya mempunyai banyak pengalaman yang boleh diguna- kan untuk membantu Brazil."
Silva yang membuat penampilan ke-93 bersama skuad kebangsaan Brazil ketika menewas- kan Tanzania pada aksi persahabatan Isnin lalu, dijangka akan turut beraksi pada perlawanan pertama menentang Korea Utara di Johannesburg pada 15 Jun ini. - Agensi

No comments:

Post a Comment

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI