Jun 11, 2010

Rooney bersedia gegar dunia


ROONEY diberi amaran supaya menjaga sikap panas barannya pada aksi pertama menentang Amerika Syarikat esok.
 
JOHANNESBURG - Wayne Rooney kini berada dalam keadaan terbaik dari segi mental dan fizikal untuk mengetuai England menjulang gelaran Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan.
Italo Galbiati, orang kanan Fabio Capello dalam skuad England menjelaskan bahawa Rooney mampu membawa kejutan pada kempen kali ini.
Biarpun Capello mengingatkan Rooney supaya menjaga sikap panas barannya menjelang aksi pertama dengan Amerika Syarikat esok, Galbiati pula memberitahu, bintang Manchester United ini sudah bersedia untuk menyinar di pentas dunia.
Galbiati berkata: "Apa yang berlaku ketika menentang Platinum Stars adalah sebahagian daripada karakter Wayne.
"Dia seorang yang bersemangat tinggi. Dia sentiasa mahu bersaing dan itulah sifat sebenar dirinya.
"Wayne banyak bergurau dengan saya, dia seorang yang sungguh luar biasa. Apa yang kamu kena ingat ialah Rooney sudah pun menjadi pemain terbaik dunia dan dia baru saja berusia 24 tahun.
"Dia pemain berkelas dunia tetapi masih lagi memberi yang terbaik dan selalu bekerja keras. Dia juga seorang yang merendah diri dan sentiasa mahu memperbaiki kelemahannya.
"Tetapi di atas padang dia seorang penjuang yang sebenar. Kita tahu dia akan membuat tindakan yang tepat pada saat yang diperlukan di atas padang."
Galbiati, 72, memulakan karier kejuru- latihannya bersama Capello ketika juru- latih itu membimbing skuad remaja Milan pada 1976.
Sejak itu Galbiati mula memainkan peranan pentingnya sebagai pembantu Capello dan dianggap sebagai mata dan telinga kepada jurulatih England tersebut. - Agensi

No comments:

Post a Comment

RM20 SEGERA MASUK KE AKAUN ANDA TIAP-TIAP HARI